Pages

Rabu, 12 September 2012

Petunjuk Dari Asma Ul Husna

Apabila kita tersesat dalam perjalanan kehidupan, apakah yang kita perlukan?
Apabila kita dilanda masalah, apakah yang diperlukan?
Apabila anda diuji, apakah yang diperlukan?
Apa yang anda fikirkan apabila masalah yang sama sering kali berulang dalam kehidupan anda?
Semestinya kita memerlukan PETUNJUK untuk mendapatkan jawapan bagi setiap hal yang berlaku.
Tahukah anda, PETUNJUK tersebut telah tersedia bersama dengan kita sejak dari kecil lagi?

Kita hanya perlu mengetahui kaedah untuk merungkaikan dan membaca petunjuk tersebut sepertimana kita membaca peta sewaktu mencari jalan ke destinasi yang dituju. Kita hanya perlu tahu kaedah untuk mentafsirkan simbol-simbol (dalam kaedah ini, adalah makna Asma Ul Husna itu sendiri) yang terdapat di dalam peta tersebut.
Peta perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini telah dimudahkan dan diperincikan oleh pakar-pakar dengan mengkelompokkan isu dan permasalahan serta arah tujuan perjalanan kita itu kepada enam kelompok yang terdiri daripada:
1) Kerohanian
2) Kekeluargaan
3) Sosial
4) Kerjaya/Kekayaan
5) Kesihatan
6) Pendidikan

Menggunakan tools/alat yang telah disediakan secara khusus semenjak zaman berzaman ini, Program ini akan menemukan anda kepada petunjuk yang diperlukan agar anda dapat mengenalpasti punca permasalahan kehidupan yang mengganggu kemajuan anda dalam kehidupan.
Sebagai contoh, saya hadirkan beberapa kes yang pernah saya kendalikan sebelum ini dalam merungkai persoalan-persoalan tersebut dengan menggunakan petunjuk dari Asma Ul Husna.

Kes 1: Seorang ibu mengadu kepada saya tentang masalah yang dihadapi oleh beliau dengan anaknya yang kedua. Katanya, anak beliau yang kedua ini sukar mendengar kata dan sering kali memberontak. Lalu dengan kaedah Kuasa 99 Nama, saya cari dan ketemukan punca dari pemasalahan hidup yang dihadapi.

Hasilnya saya temui Asma Allah Al-Adl (Yang Adil) dan Al-Malik (Ketua/Raja) sebagai petunjuk untuk ibu ini. Lalu saya terangkan, masalah anak beliau sebenarnya berpunca dari sikap si ibu itu sendiri. Si ibu tidak berlaku adil dengan anaknya ini. Dalam erti kata yang lain, si ibu selalu membanding-bandingkan si anak dengan orang lain. Atas izin Allah swt, si ibu akhirnya menceritakan keadaan yang terjadi dan mengakui sikap tidak adil beliau itu kepada saya.

Kes 2: Salah seorang peserta saya, menemui gabungan Asma Allah al-Malik (Ketua/Raja), al-Halim (Yang Penyantun) beserta al-Majid (Yang Mulia). Kerana pertama kali menghadiri program ini, maka dia meminta saya mentafsirkan petunjuk yang ditemuinya dengan melihat kepada isu sosial yang sedang dihadapinya.

Secara firasat dan kaedah yang diketengah melalui Kuasa 99 Nama, saya dapati punca permasalahan beliau adalah dipandang hina atau rendah oleh masyarakat kerana menolak untuk menjadi ketua dalam komuniti ditempat beliau. Alhamdulillah, beliau temui jawapan kepada permasalahan tersebut melalui kaedah ini dan kembali dengan jawapan penyelesaian yang saya berikan.
Saya bukanlah Nujum Pak Belalang ataupun mengamalkan ilmu perbomohan, tetapi ini adalah ilmu yang saya perolehi dari Guru saya yang termasuk di dalam kategori firasat. Selain itu, ia menggunakan kaedah-kaedah yang digariskan dan dipermudahkan untuk pemahaman kita semua. Anda boleh membaca lanjut catatan-catatan saya berkaitan ilmu ini di dalam blog ini. Anda yang berminat untuk mempelajari ilmu ini, turut saya alu-alukan dengan menyertai Bengkel atau Coaching yang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan