Pages

Sabtu, 8 September 2012

Testimoni Peserta

Alhamdulillah, setelah sekian lama Kuasa 99 Nama dijalankan sama ada dalam bentuk bengkel mahupun Coaching, pelbagai maklumbalas positif yang saya perolehi.

Antara maklumbalas tersebut adalah dari Puan Mariam; "Satu ilmu yang sangat berguna bagi setiap insan. Sesudah memahami dan beramal dengannya Insyaallah, Allah akan membuka jalan-jalan penyelesaian kepada setiap masalah hidup yang kita hadapi. Alhamdulillah, akhirnya dapat jua ilmu ini dengan izin Allah. 5/5 Bintang."

Puan Suzana; "Saya berasa bersyukur dapat mengikuti kelas ini kerana saya dapat mengenal diri sendiri dengan lebih jelas. Saya juga berasa senang hati kerana dapat mengetahui cara untuk mengatasi kelemahan diri sendiri dengan menggunakan Asma ul Husna. Terima kasih saya ucapkan dan syukur Alhamdulillah."

Puan Zanariah pula menulis; "Kelas mengenal nama ini memang berkaitan dengan diri saya. apa-apa yang berlaku dalam perjalanan hidup saya selari dengan Asma'. Saya lebih memahami berkaitan perjalanan hidup saya, keadaan family saya, kedudukan kewangan dan business. Saya merasa lebih tenang dan perlu redha dengan ketentuanNya, insyaallah. Ameen."

Puan Norhayati Ramlee; "Ilmu yang dipelajari dari kursus ini benar-benar memberi manfaat untuk kebaikan pada diri sendiri dan juga kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Ia membuatkan kita lebih faham dengan diri kita serta mengurus diri sendiri dengan lebih baik."

Menurut Puan Rasiah; "Imu yang sangat bermanfaat untuk mengetahui potensi diri dan bagaimana mengatasi masalah dalam diri sendiri serta orang sekeliling kita. Boleh membantu ibu bapa dalam membentuk keperibadian anak-anak dengan mengenalpasti sifat-sifat dan peribadi yang mereka miliki. Boleh menjadikan ilmu Asma Ul Husna ini sebagai garis panduan untuk mengatasi masalah.

Testimonial dari Puan Fauziah juga menarik, katanya; "Satu pendedahan yang lebih mendalam tentang cara membantu menyelesaikan masalah dalam hidup. Merasa bersyukur dengan pertemuan ilmu ini hari ini kerana memang telah sekian lama mohon dengan Allah. Akan cuba amalkan selepas ini insyaallah dan akan berkongsi dengan orang lain yang memerlukan agar ilmu yang diperolehi akan lebih diberkati. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini hari ini.

Terima Kasih kepada semua mereka yang telah sudi hadir ke program ini serta memberikan maklum balas yang positif terhadap program yang dijalankan biarpun usia program ini masih setahun jagung. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan saya sedikit ilmu dan pemahaman yang baik serta mampu meningkatkan dan menambah nilai sesama insan.

Semoga Allah swt membuka ruang dan jalan kepada anda semua pula selepas ini untuk bersama-sama mempelajari ilmu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan