Alhamdulillah, negara kita Malaysia telah pun mencapai kemerdekaan untuk tahun yang ke 55. Biarpun pelbagai cerita dan isu yang kita hadapi seiring dengan kemajuan negara ini, kita patut bersyukur dengan keamanan serta kemakmuran yang dikecapi.
Secara sejarahnya pula, mungkin ramai juga dikalangan kita yang masih belum mengetahui bagaimana Tunku Abdul Rahman boleh memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Sebenarnya, ada kajian menunjukkan bahawa Tunku Abdul Rahman mendapatkan pandangan dari tokoh Ulama dan Ilmuan terkenal Tanah Melayu pada ketika itu iaitu Syeikh Abdullah Fahim yang merupakan seorang handalan dalam ilmu Falak serta merupakan datuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang ke-5.
Kemerdekaan
negara ini dicapai dengan cara yang baik tanpa pertumpahan darah pada
tarikh "Baldatun Toyyibatun" yang membawa makna "negeri yang baik dan
makmur". Tarikh Baldatun Toyyibatun ini hanya dikongsi oleh 3 negeri
/tempat di dunia ini iaitu; tarikh pembukaan Kota Makkah oleh Nabi
Muhammad SAW, tarikh penaklukan Kota Konstantinopole (Instanbul) oleh
Sultan Muhamad Al Fateh dan tarikh kemerdekaan Malaya (yang kemudian
dikenali sebagai Malaysia). Sesungguhnya ulama kita telah menggunakan Quran, kitab dan ilmu falak supaya negara yang baru merdeka menjadi aman dan makmur seperti negeri Makkah dan Instanbul pada waktu pembukaannya.
Syeikh
Abdullah Fahim, yang ketika itu Mufti Pulau Pinang dan seorang wali
Allah, apabila ditanya Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku
Abdul Rahman, tarikh yang sesuai untuk kemerdekaan negara telah
mencadangkan 31 Ogos 1957. Beliau menyebut dalam bahasa Arab: "am khir
atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957.
Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos
1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak
baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau
juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization)
dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak
menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat
disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim
meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat,
31 Ogos 1962.
Menarik untuk diperkatakan mengenai
tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut
seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di
Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa Syeikh Fahim
menggunakan alat astrolabe kepunyaaannya (yang maseh disimpan di
sekolah itu) bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya
buruj-buruj bintang.
Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.
Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.
Apabila dua simulasi kedudukan malam
yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim
diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29
Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan
serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu
itu.Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.
Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.
Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj
Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di
angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh
Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia
pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat
sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar
berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti
dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh
empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal
lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.
Rahsia Baldatun Toyyibatun-Negeri yang baik aman dan makmur melalui numerologi Islam
Rahsia Baldatun Toyyibatun-Negeri yang baik aman dan makmur melalui numerologi Islam
Tarikh Merdeka iaitu 31 08 57 - Rahsia 3 Angka 857 adalah tahun pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al Fateh iaitu tahun 857 Hijrah/1453M.
Rahsia Angka 108 adalah 10 Ramadhan 8 Hijrah iaitu pembukaan kota Mekah.
Rahsia Angka 31 pula adalah nilai numeric Alfabet Arab iaitu AL ( Alif dicampur dengan Lam nilainya ialah 31).
Selain daripada itu rahsia angka 857 dalam nilai numeric Arab ialah Baldatun Toyyibatun. Ba + Lam + Dal + Ta, + Tho + Ya + Ba + Ta (2 + 30 + 4 + 400 + 9 + 10 + 2 + 400 = 857)
Rahsia angka 31 adalah nilai AL. Alif + Lam ( 1 + 30 = 31)
Maka maknanya tanggal 31 bulan 08 tahun 57 ialah AL-Baldatun Toyyibatun (Si Negeri yang baik aman dan makmur). Rujuk Baldatun Toyyibatun Surah Saba' ayat 15.
"Demi
sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba` satu tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka,
iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di
sebelah kanan dan disebelah kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan
kepada mereka) "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan
bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman
dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!"-Surah
Saba Ayat 15
Syeikh
Abdullah Fahim secara hakikat telah mengikat (binding) angka pembukaan
kota Mekah 10 Ramadhan 8 Hijrah dengan angka pembukaan kota
Konstantinople 857 Hijrah dengan angka tarikh kemerdekaan Malaysia maka
jadilah 310857. Oleh itu tarikh kemerdekaan Malaysia adalah satu
ikatan binding antara Pembukaan Kota Mekah dan Pembukaan Kota
Konstantinople (Daulah Turki Uthmaniyah).
Tarikh
inilah rahsianya menjadikan Malaysia aman dan makmur dan selamat
daripada berbagai-bagai ancaman dengan IZIN ALLAH AZZA WA JALLA berkat
ilmu Falak Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim.
Jadi disini terbukti juga bahawa hisab jamal adalah satu bentul tools/alatan yang boleh digunakan untuk membongkar dan mengembangkan tenaga yang terdapat pada satu-satu unsur dalam bentuk penomboran.
Rujukan
-Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (Falak)-Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004
-Ustaz Shamsul Mohd Noor dan ditulis semula oleh mureednya Ahmad Ariff dan anakbukitgantang(Baldatun Toyyibatun)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan