Pages

Selasa, 4 September 2012

Hisab Jamal + Huruf Abjadiyah + Asma Ul Husna = Kuasa 99 Nama

Melalui Pelatihan dan Coaching Kuasa 99 Nama yang saya jalankan, penggunaan Hisab Jamal, Huruf-huruf Abjadiyah dan Asma Ul Husna adalah amat penting dalam membongkar serta mendapatkan petunjuk-petunjuk kehidupan yang terdapat disebalik nama peserta.

Lalu timbul persoalan dari mana datangnya Hisab Jamal dan Huruf Abjadiyah ini? Dari Guru yang membimbing saya selama 3 tahun kebelakangan ini (belajar ilmu asas Tauhid, Feqah dan Tasawwuf), saya memperlajari ilmu ini yang diperolehi dari gurunya yang terdahulu serta melalui sebuah kitab yang ditulis oleh ilmuan islam Ibnu Arabi.

Namun ada juga penemuan menyatakan bahawa ilmu Hisab Jamal ini bermula dari Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, seorang Wali Allah yang terkenal. Boleh baca di link berikut:
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/12/ilmu-huruf-dan-falak-islam-vs-astrology.html

Huruf-huruf Abjadiyah pula adalah susunan ilmuan Islam terhadap huruf-huruf Hijaiyah (Alif, Ba, Ta, Sa, Jim dan seterusnya) berdasarkan hisab Jamal. Malahan menurut sesetengah ulama yang mempercayai ilmu hikmah, susunan huruf-huruf Hijaiyah ke dalam bentuk Abjadiyah adalah berdasarkan nama-nama hari sebelum adanya hari Isnin-Ahad.

Dengan penggunaan Hisab Jamal ini, kemudiannya digabungkan pula dengan asma-asma Allah swt, maka terhasillah set-set petunjuk bagi mendapatkan gambaran FIRASAT terhadap seseorang yang meliputi:

1) Sisi positif dan negatif diri setiap individu
2) Potensi diri
3) Siapa yang ditarik ke dalam kehidupan
4) Ujian-ujian kehidupan
5) Menangani 6 permasalahan kehidupan iaitu dalam bidang Kerohanian, Kekeluargaan, Kerjaya/Kekayaan, Sosial, Kesihatan dan Pendidikan.
6) Menemukan kunci penyelesaian masalah atau petunjuk kepada permasalahan hidup.
7) Titik mula untuk MUHASABAH DIRI.

Jadi ambillah PELUANG ini untuk mempelajarinya.

2 ulasan:

  1. وقلنا من بعده لبني إسرءيل اسكنوا الأرض فإذا جاء وعد الاءخرة جئنا بكم لفيفا

    BalasPadam
  2. Bisa minta tolong cara penghitungannya dengan asmaul husna. Saya sudah menghitung nama pribadi tetapi setelah dicocokan dengan asmaul husna tidak ada bilangan yg tepat. Mohon pencerahanya. Mutazmughni@gmail.com

    BalasPadam