Pages

Rabu, 31 Oktober 2012

Himpunan Doa

Bismillahirahmanirrahim...

Ya Allah, Engkaulah Rab ku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau... yang telah menjadikan aku dan aku hamba Mu, dalam ikatan perjanjian dengan Mu. dan daku berlindung kepada Mu dari kejahatan diriku. Daku akui nikmat Mu atas ku dan daku akui dosa-dosa ku pada Mu dan memohon ampun pada Mu. Tidak ada yg dapat mengampuni ku melainkan Engkau.

Ya Allah, daku memohon pada Mu segala yang baik seperti yang dimohon oleh Nabi Mu Muhammad saw dan memohon pelindungan Mu daripada segala yang buruk seperti yang dimohon oleh Nabi Mu Muhammad saw. Dan Engkaulah sahaja tempat meminta pertolongan dan Engkaulah tempat mengadu. Dan kami tidak mempunyai apa-apa kekuatan (untuk membuat amalan baik atau menolak keburukan) kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi Maha Agung.
 
Ya Allah islahkan (perbaiki) umat Nabi Muhammad saw, Ya Allah kasihanilah umat Nabi Muhammad saw, Ya Allah lapangkanlah kesempitan umat Nabi Muhammad saw, Ya Allah ampunilah umat Nabi Muhammad saw dan semua orang yang beriman pada Mu.

Ya Allah ya Tuhanku, Engkau pengawas sempurna lagi saksi yang pengetahuan Nya meliputi seluruh alam maya. Engkau pula yang terlaksana qudrat Nya di seluruh wujud ini. Ya Tuhanku, limpahkan cahaya rahsia nama Mu "al-Muhaimin"; sehingga aku mengetahui rincian gelojak hatiku, sisi terdalam dari nuraniku serta rahsia-rahsia penutup diriku, agar aku mampu mengawasi niat dan motifku, meluruskan anggota tubuhku dan mampu pula menegakkan perbuatanku sesuai dengan apa yang Engkau sukai. Ya Allah, laksanakanlah keinginanku melalui qudrat Mu terhadap anggota tubuhku sehingga aku dapat mengarahkannya menuju syariat Mu.
 
Amin Ya Robbal A'lamin.

Kuasa99Nama Slideshow Slideshow

Kuasa99Nama Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Kuasa99Nama Slideshow Slideshow ★ to Selangor. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Ahad, 14 Oktober 2012

Allah As-Salam

As-Salam bermaksud Yang Maha Sejahtera. Allah swt yang memegang teraju dan kunci utama segala keselamatan seluruh alam atau yang menyelamatkan alam ini seluruhnya. Zatnya adalah Yang Maha sejahtera dari segala mara bahaya yang biasa menimpa
makluknya.

Berakhlak dengan nama Allah As-Salam ini, seorang mukmin itu menjadi sumber atau pelopor kedamaian, keamanan dalam masyarakat, menjadi pemaaf dan ramah serta sanggup membalas kejahatan dengan kebaikan. Mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.

Cer tengok hadis yang dibaca sahabat kita ni...
Berdoa dengan Asma Allah As-Salam;

Ya Allah, Engkaulah As-Salam, dari Mu bersumber as-Salam dan kepada Mu pula kembalinya. Hidupkanlah kami, Ya Allah, di dunia ini dengan As-Salam dan masukkanlah kami kelak di negeri As-Salam (syurga). Maha Suci Engkau, Maha Mulia Engkau, Ya Dzal Jalal wal Ikram.

Ya Allah, serasikanlah antara hati-hati kami, perbaikilah hubungan sesama kami, tunjukkanlah kami jalan-jalan kesejahteraan, selamatkanlah kami daripada pelbagai kegelapan kepada cahaya.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya segala kesejahteraan (salam), penyerahan diri (tasliim) dan keselamatan dari segala mara bahaya, semuanya bersumber dari tajalli nama Mu As-Salam. Maka nyalakanlah cahaya kesejahteraan dan keselamatan dalam hatiku, agar aku terhindar dari segala musuh.

Selamatkanlah agamaku dengan sifat-sifat yang terpuji dan mulia. Hadapkanlah wajahku kepada Mu dengan cahaya nama Mu As-Salam, agar aku dapat sampai dengan selamat dan sejahtera menuju syurga Mu dengan berpegang pada syariat Mu. Selamatkanlah aku dari segala penyakit, mara bahaya, malu dan segala bencana, agar telingaku kelak dapat mendengar (salam penghargaan dari Mu): Salaamun Qaulan Min Rabbin Rahim.
 

Khamis, 11 Oktober 2012

Monologue Vs Internal Dialogue

Alhamdulillah... terus diberi peluang untuk berkongsi dengan anda semua. Ada yang inginkan pencerahan tentang perbezaan antara Monolog dan Internal Dialog.

1) Monolog adalah mengomel. Cth "kenapa la aku dah buat itu tak jadi ini tak jadi..." vs Internal Dialogue adalah luahan rasa. Cth "Ya Allah, telah aku mencuba jalan A, namun hasilnya masih tidak seperti yang aku harapkan. Kemudian aku cuba pula jalan B, juga buntu. Maka Ya Allah... kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku mohon pertolongan."

2) Monolog lebih kepada isu ke AKU an yang didorong oleh hawa nafsu vs Internal Dialogue terarah kepada rasa kehambaan dan rasa rendah diri serta malu berhadapan dengan Allah swt yang Maha Agung. Secara kasanya, Monolog digunakan untuk kita memerintah Allah swt ikut cakap kita tapi Internal dialogue, kita mengadu kat Allah swt.

3) Monolog menggunakan tonasi suara yang tinggi sahaja macam orang marah dan membebel vs Internal dialogue, bercakap macam orang bercinta yang tengah memujuk bf/gf~ suami/isteri

4) Monolog lansung tak rujuk pada Allah swt Vs Internal dialogue kita menyeru Allah swt dengan panggilan Ya Allah atau dengan panggilan asma-asma Allah swt yang lain yang lembut dan indah bunyinya.

5) Monolog selalunya terjadi pada jiwa orang yang stress dan kecewa serta tidak dapat menerima ketetapan Allah swt (nafsu amarah, nafsu lawammah) Vs Internal dialogue terjadi pada orang-orang yang sudah ada sifat Redha dalam diri serta mampu menerima taqdir Allah swt dlm keadaan tenang. (nafsunya dah pada tahap mulhimah dan menuju ke mutmainnah).

Rabu, 10 Oktober 2012

Enam Syarat Ibadah

Enam syarat ibadah terdiri daripada:

1) Niat. Tanpa niat yang betul, semua kerja kita hanyalah "HARUS" sahaja. dengan niat perkara yang "HARUS" tadi boleh jadi "SUNAT" dan berkemungkinan juga "WAJIB". Contohnya, "sahaja aku kongsikan ilmu ini dengan ahli group sunat kerana Allah taala".

2) mematuhi hukum syariat. Halal, Haram, Makruh/Subhah - Pastikan kerja yang dibuat itu halal seratus peratus. Tak ada unsur haram dan subhah. Walaupun niat baik untuk cari rezeki, tapi jual arak... haram, tak boleh jadi ibadah.

3) mematuhi hukum sunnatullah. maknanya, sayur kena la tanam di atas tanah. kalau berniaga kena la jumpa pelanggan... etc.
4) optimizing. buat sungguh-sungguh.
5) prioritizing. dahulukan yang wajib. contoh, antara solat dan berniaga, dah masuk waktu, keje tak penting sangat dahulukan solat, tapi klu keje kena selesaikan segera, sipakan keje dan terus gi solat.

6) Hasil bertepatan dengan niat. Niat cari rezeki untuk sara keluarga, tapi bila dah dapat guna untuk berhibur... dah lari dari niat asal. Tak jadi la ibadah juga...

Begitulah keadaannya. semoga bermanfaat perkongsian ni

Isnin, 8 Oktober 2012

Signal Masa Berbicara

Saya nak kongsikan sedikit tentang "signal masa berbicara". Apa yang saya maksudkan sebagai signal masa berbicara ini adalah waktu2 tertentu yang Allah swt sediakan khusus untuk kita berbicara/berdoa kepada Nya.

Masa umum adalah pada waktu Dhuha, waktu asar, waktu hujan turun, waktu solat malam dan lain2 waktu sepertimana yang digariskan oleh Ulama. Namun ada juga waktu khusus untuk kita sebenarnya. Mcm mana nak tahu itu adalah sesi khas untuk kita?

Pernah anda rasa terdetik dihati anda secara tiba-tiba untuk bersedekah, solat sunat, sedih atau bergantung harap kepada Allah? Jika YA, itu adalah signal yang saya maksudkan. Dari ilmu yang s
aya pelajari, sewaktu ini kita dilawati oleh Malaikat Izrail untuk periksa sama ada telah sampai masa kita untuk kembali ke rahmatullah atau belum. Jadi ROH kita akan memberikan "signal" tentang kehadirannya kerana mata kasar kita tak nampak.

Jadi bila anda dapat "signal" ini, gunakanlah dengan sebaik2nya... kerana peratus untuk Allah menerima taubat anda, menerima permintaan anda adalah tinggi...
Menurut pemahaman saya, kita dilawati sebanyak 70 kali sehari. Ini bermaknadalam tempoh 20.5 minit, kita akan dilawati oleh Malaikat Izrail ini. Adakah kita perasan?

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Mudah-mudahan selepas ini, kita akan lebih peka terhadap signal ini. Waktu terbaik untuk anda mengAKTIFkan Internal Dialogue bersama Allah swt.

Isnin, 1 Oktober 2012

Abdi Allah Al-Malik dan Al-Malikul Mulk



Baginda Rasulullah saw telah bersabda, “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya”
(Riwayat Bukhari danMuslim)

Menjadi pembuka kepada perbincangan kita pada kali ini. Sudahkah anda menghayati akhlak selaku pemimpin yang menzahirkan Asma Allah Al-Malik (Ketua/Raja) dan Al-Malikul Mulk (Pemilik Kerajaan)? Jika belum dan masih lagi tidak pasti dengan gaya kepimpinan anda, teruslah membaca mudah-mudahan perkongsian berikut akan bermanfaat untuk kita semua.

Abu Zar Al-Ghaffari meriwayatkan, beliau berkata kepada Rasulullah saw: “Tidakkah Tuan hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan? Rasulullah S.A.W menepuk bahu saya dan berkata; Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Di hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan yang ditentukan di dalamnya”.

Abu Zar bukanlah seorang yang tidak taat kepada Allah dan dikuasai nafsu tetapi dia adalah seorang manusia yang lemah dalam mengambil tindakan, dia adalah seorang yang lurus hati dan mempunyai kelemahan yang menghalangnya bersikap tegas kepada kawan dan lawan. Itu pun dianggap oleh Rasulullah saw sebagai seorang yang lemah dan tidak layak memimpin apatah lagi orang yang kalah di hadapan nafsu, jahil dan tidak beramal.
 
Melalui kaedah Kuasa99Nama, ciri kepimpinan setiap individu dapat dibongkar dan potensi sebenar selaku seorang pemimpin yang mewakili Allah Al-Malik serta Allah Al-Malikul Mulk dapat diketengahkan kepada masyarakat yang merupakan hamba-hamba Allah swt jua. Seperti mana yang diperjelaskan oleh Hamka dalam mentafsirkan Surah al-Israa’, 17 ayat 84 yang bermaksud;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".

Jelas Hamka, kata syaakilah yang terdapat pada ayat di atas diartikan ‘bawaan’ atau ‘bakat’. Beliau menjelaskan lebih lanjut, bahwa tiap-tiap manusia itu ada pembawaannya masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah SWT sejak masih dalam rahim ibu. Pembawaan/bakat, Allah ciptakan bermacam-macam, sehingga yang satu tidak serupa dengan yang lain. Maka menurut ayat tersebut, manusia diperintahkan bekerja selama hidup di dunia ini, menurut bawaannya masing-masing.
 
Oleh yang demikian kita seharusnya cuba menggali dan mengenali diri kita sendiri serta memahami bakat serta bawaan kita dalam proses memimpin yang bukan sahaja tertumpu kepada memimpin sesebuah Negara, jabatan, organisasi, keluarga malahan memimpin diri sendiri agar mentaati setiap perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangan Nya sepertimana yang termaktub di dalam al-Quran.

Berbakatkah anda sebagai pemimpin?

PERCUMA untuk ANDA!

Hari Ahad yang lalu saya telah mengadakan satu program Rahsia99Nama secara PERCUMA. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya menyampaikan ilmu ini kepada 12 orang yang hadir. Namun masih ada lagi dikalangan kita, yang terlepas peluang tersebut kerana mendapat makluman pada saat-saat akhir. Jadi, dengan ruang dan peluang yang Allah swt kurniakan, saya sekali lagi menjemput Tuan Puan untuk hadir ke program Rahsia99Nama seperti mana berikut:

1) Utara Perak, Penang, Kedah dan Perlis.



2) Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitar
Berikut adalah sebahagian maklumbalas yang diterima hasil daripada program yang pertama:
Jadi, terpulanglah kepada anda... Moga-moga Allah swt membuang segala rasa was-was yang bersarang dihati kita.