Pages

Selasa, 25 September 2012

Kuasa99Nama Vs Rahsia Tarikh Lahir

Wujud persoalan dan timbul pula pertanyaan dikalangan peminat-peminat ilmu Metafizik ini. Apakah perbezaan diantara Kuasa99Nama dengan Rahsia Tarikh Lahir?

Jika anda adalah pembaca setia blog saya ini, tentunya persoalan ini telah pun terjawab. Namun sebagai kesimpulan dan mungkin juga sebagai satu pengesahan kepada "pandangan" anda tersebut, saya nyatakan perbezaan ini dari sudut pandang saya selaku pihak yang menyampaikan ilmu ini. (Mesti la ada "ketidak adilan" kan...)

Betul la tu... Pastinya pandangan saya akan melihat kepada sisi positif program ini berbanding program-program lain, tetapi tidak bermakna program-program lain tidak bagus atau tidak bermanfaat. Sesungguhnya, semua ilmu itu ada manfaatnya jika kita tahu menggunakannya untuk kebaikkan diri, keluarga, masyarakat dan agama. Apa gunanya ilmu jika ia tidak dipraktikkan dan tidak pula membawa keuntungan kepada mana-mana pihak.
Secara peribadi, ilmu ini semestinya berbeza dengan ilmu penomboran yang anda pelajari. Perbezaan-perbezaan yang anda dapat lihat secara ketara adalah:

1) Ilmu ini menggunakan nama individu berserta nama ibunya untuk membongkar rahsia diri setiap individu.

2) Setiap nama di eja dalam huruf jawi yang mana kita ketahui ia adalah huruf-huruf hijaiyah di dalam al-quran. Perlu diingat setiap huruf di dalam al-quran ada Malaikat yang menjaganya.

3) Berlaku penggabungan antara kita sebagai hamba Allah swt dengan Allah swt melalui Asma-asma Allah Ul Husna yang diguna pakai dalam menganalisa setiap individu.

4) Kaedah penyelesaian masalah setiap individu tidak hanya tertakluk kepada USAHA individu itu sahaja tetapi ia selari dengan tuntutan agama iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.

5) Isu dan permasalahan yang dihadapi serta kunci penyelesaian masalah yang dikemukan berkait terus dengan setiap Asma Ul Husna yang hadir di sebalik nama setiap individu.

6) Penekanan terhadap TAUHID adalah menjadi tunjang dan tulang belakang ilmu ini. Hal ini PENTING kerana ia mampu mengelakkan kecelaruan yang berlaku atas dasar salah faham terhadap semua ilmu yang dipelajari.
7) Bukan sahaja anda dapat MENGENAL DIRI tapi anda juga lebih MENGENALI PENCIPTA anda.

8) Usaha anda yang ikhlas kerana Allah swt ada ganjarannya. Berzikir menyebut nama-nama Allah swt secara berulang-ulang kali juga ada ganjarannya. Sebab itu penting untuk anda fahami ilmu ini dari akar umbinya.

9) Anda bukan sahaja menyelesaikan permasalahan yang melibatkan kehidupan di dunia ini sahaja, yang penting ada BEKALAN yang dibawa bersama untuk digunakan di negeri akhirat.

10) Ilmu ini KHUSUS untuk orang ISLAM sahaja. Barulah kita hebat dari yang lain. 

Tepuk dada tanya IMAN. Hati-hati dengan bisikkan. Sebab syaitan memang penuh dengan tipu daya. Kita merancang untuk datang, dia merancang untuk halang.

Saya hanya kongsikan apa yang saya tahu untuk kebaikkan bersama. Jika anda PILIH untuk DATANG, nikmat untuk saya. Jika anda bertangguh-tangguh, RAHMAT untuk saya. ALHAMDULILLAH.

Ahad, 23 September 2012

Jawi Oh Jawi!

Sejak saya bongkarkan lapisan pertama Kuasa99Nama ni, semakin ramai yang berkunjung ke blog ni. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Mudah-mudahan anda membawa balik sesuatu ilmu dari perkongsian yang dibuat. Saya juga sedar, mungkin ada di antara pengunjung blog ini sukar untuk mengaplikasikan teknik yang saya bongkarkan kerana sukar, tidak biasa belajar jawi dan lain-lain lagi berkaitan dengan huruf jawi.

Bagi memudahkan anda yang tidak tahu mengeja nama anda dan nama ibu anda di dalam huruf jawi; anda semua boleh ke link berikut http://ejawi.net/converterV2.php untuk dapatkan ejaan dalam huruf jawi. 

Permasalahannya adalah, perisian ini tidak dapat membezakan antara huruf "alif" dan "ain". Ini penting kerana jika mengeja nama Aini, ia adalah padanan huruf "ain", "ya", "nun" dan "ya", bukannya "alif". Begitu juga bagi beberapa nama yang lain. Terutama nama-nama dari sebutan arab. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya jumlah hisab jamal anda berbeza dari yang sepatutnya. 

Namun, sebagai permulaan dan untuk mencuba mendapatkan gabungan Asma Ul Husna disebalik diri anda, rasanya tidak salah untuk anda mencuba.
Setelah itu dapatkanlah gabungan Asma Ul Husna yang bersesuaian. Seelok-eloknya hal ini dipelajari biarpun ia nampak mudah. Insyaallah, banyak lagi yang anda dapat bongkar melalui teknik ini dengan belajar terus melalui bengkel atau sesi Coaching.

Antaranya adalah Kemahiran Intelek Intrapersonal iaitu kemampuan mengenali diri sendiri, merenung dan menilai keseimbangan diri serta Kemahiran Intelek Interpersonal iaitu kemampuan mengerti dan menjadi peka terhadap perasaan, motivasi dan watak suka duka orang lain yang tentunya bermanfaat untuk enam cabang kehidupan anda iaitu kerohanian, kekeluargaan, sosial, kerjaya/kekayaan, kesihatan dan pendidikan/pengetahuan.

Saya tak suruh anda PERCAYA!

Sabtu, 22 September 2012

Memori Sesi Coaching

Alhamdulillah, telah ramai yang dibukakan jalan oleh Allah swt serta diberi peluang oleh Nya untuk menghadiri sesi Coaching bersama-sama saya. Dapatlah mereka mempelajari sesuatu dari Coaching Kuasa 99 Nama. Saya kongsikan kenangan bersama mereka.





Mungkin ada diantaranya anda kenal. Ramai lagi sebenarnya yang pernah hadir sesi Coaching ni, tapi saya terlupa atau tak sempat nak rakamkan gambar-gambar mereka.

Mudah-mudahan selepas ini ada pula gambar kenangan saya dengan anda.

Jumaat, 21 September 2012

Empat Bisikan-Yang Mana Ikutan Anda?

Menyentuh perihal mengenal diri, adalah juga menjadi satu aspek penting untuk kita mengenal kepada empat jenis bisikan yang sering hadir dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah disebabkan, bisikan ini menjadi penentu arah tuju dan pilihan yang kita buat dalam kehidupan seharian. Inilah yang selama ini saya maksudkan sebagai sisi positif dan sisi negatif.

Empat jenis bisikan tersebut adalah:
1) Bisikan dari Allah swt
Setiap saat setiap detik, sesungguhnya Allah swt senantiasa berkata-kata dengan ruh kita, tapi kita tidak atau belum menyedarinya. Tingkatan para nabi dan wali, boleh bercakap secara langsung dengan Allah swt. Kita juga boleh melakukannya, jika kita telah berhasil mengatasi ego diri (nafs) dan syaitan yang bersarang dalam diri (sebagaimana yang dilakukan para wali Allah)

 تِلۡكَ ٱلرُّسُلُ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۘ مِّنۡهُم مَّن كَلَّمَ ٱللَّهُ‌ۖ وَرَفَعَ بَعۡضَهُمۡ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ
Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata [langsung dengan dia] dan sebagiannya Allah meninggikannya [1] beberapa derajat.

يَا مُقَلِّبَ القُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ
"Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hati kami dalan agama*(Islam)".*(HR. Ahmad: 23463) 

  • Sifat bisikan dari Allah Swt
Sifat bisikan ini pada diri seorang hamba ada dua, iaitu mengarah kepada ketakwaan atau sebaliknya, mengarah pada kesesatan.

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا
...maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketakwaannya,(ash-Shams:8)


  • Ciri bisikan Allah
Ketika kita menerima bisikan tersebut, tidak sedetik pun, tidak sedikit pun, muncul keraguan dalam hati.Lihatlah, betapa para penyembah Tuhan yakin akan kebenaran kitab-Nya, nabi-nabi-Nya, agama-Nya. Lihatlah juga betapa para pengingkar Tuhan itu yakin akan kebenaran akalnya, egonya, nafsunya. Bersyukurlah kita yang Allah swt tentukan sebagai ahli ibadah, bukan ahli maksiat

 2) Bisikan dari Malaikat

Pada setiap waktu sehari-semalam, setiap manusia dikelilingi oleh para malaikat penjaga. Para malaikat berjaga bergiliran berdasarkan jadual yang telah ditentukan.

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. (ar-Rad: 11)

Mereka itu adalah sepuluh malaikat pada setiap anak Adam; malaikat malam turun kepada malaikat siang karena malaikat malam berbeda dengan malaikat siang, dan mereka itu ada dua puluh malaikat pada setiap anak Adam ( Hadis diriwayatkan oleh Ibn Jarir dani Kinanah al-`Adwi)
 
  • Sifat bisikan malaikat
Bisikan malaikat selalu bersifat menganjurkan kebaikan. Selain itu, juga senantiasa mengingatkan manusia agar selalu taat kepada Allah. 

  • Ciri bisikan malaikat
Bisikan malaikat selalu berkaitan dengan keselamatan fizikal. Bisikan yang dibisikkan pun selalu berkaitan dengan syariat atau ibadah. Ini karena malaikat tidak bisa membaca isi hati manusia. 

Jika kita lalai akan suatu ibadah, misalnya solat, selalunya akan terbit di hati bisikan yang mengingatkan kita untuk segera menunaikan solat. Inilah bisikan malaikat. Ada juga bisikan malaikat yang berkaitan dengan keselamatan jasad manusia yang dijaganya.  

"Pada setiap hamba pasti ada seorang malaikat yang ditugasi menjaganya dalam tidur dan terjaganya dari (gangguan) jin, manusia, dan binatang berbisa. Tidak satu pun dari ketiganya tersebut yang mendatanginya dan bermaksud menyerangnya selain malaikat itu berkata, '(Awas) di belakangmu!', kecuali sesuatu yang diizinkan Alah sehingga mengenainya." (Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Mujahid)
 


3) Bisikan Diri Sendiri (Nafsu)
Bisikan ini yang agak mudah mengenalinya kerana kita melaluinya setiap hari. Bisikan ini, menurut saya, cenderung bersumber dari akal dan nafsu. Beruntunglah jika akal kita didorong oleh nafsu yang telah dididik dengan baik.

  • Sifat bisikan dari diri
Sifat bisikan ini juga mengarahkan seseorang pada dua sisi, pada kebaikan (ketaatan) atau pada keburukan (kemaksiatan). 

  • Ciri bisikan dari diri
Jika kita telah menentukan akan melakukan atau memilih sesuatu, lalu timbul semacam keraguan walaupun samar-samar. "Apa iya, apa betul, apa salah, ya?" Itulah tandanya bisikan itu terbit dari diri sendiri. Bagaimana cara kita mengatasinya? Jika itu berupa pilihan, maka syariat menganjurkan solat istikharah. Jika itu berupa pemikiran, maka buatlah keputusan bersandarkan pada Quran dan Hadis.

4) Bisikan Syaitan

Iblis dan para syaitan, akan senantiasa mengarahkan manusia kepada keburukan dan kesesatan. Malahan makhluk-makhluk laknatullah ini tidaklah bodoh. Bahkan, mereka lebih cerdas daripada manusia biasa. Oleh sebab itu, perlu kita mengetahui sifat dan ciri bisikan dari makhluk Allah yang satu ini.

Sifat utama bisikan yang satu ini adalah menipu kesedaran akal dan mengaburi pandangan mata zahir. Contohnya, jika kita bertemu dengan seseorang yang dengan bijak dalam mengkritik ketetapan Tuhan dan para nabi-Nya; dengan mudahnya mengeluarkan pendapat tanpa sandaran dalil yang jelas (bahkan ada yang tiada dalil sama sekali). Ini kerana menurut manusia golongan ini, orang yang ke mana-mana bersama dalil itu adalah mangsa doktrin dan dibelenggu dengan pemikiran cara lama, sedangkan mereka yang bersandarkan kepada kecerdasan fikiran yang kritis adalah orang-orang mandiri yang terbuka (open minded) dan bebas sehingga mereka dengan mudahnya menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, itulah orang yang akalnya tertipu dengan bisikan syaitan.

Disebutkan bahwa Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda"Allah berfirman, 'Sesungguhnya Aku menciptakan hamba-hambaKu dalam keadaan hanif (cenderung kepada kebenaran), lalu setan-setan mendatangi mereka, dan menyelewengkannya dari agama mereka dan (setan-setan itu) mengharamkan terhadap mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka dan menyuruh mereka mempersekutukan Aku…'" (Hadis Sahih Muslim nomor ke 5109 bersumber dari 'Iyad bin Himar al-Mujasyi'i) 

Ada juga, bisikan syaitan yang menipu pandangan mata zahir. Biasanya ini terjadi pada orang yang terkena sihir.  Hakikat sihir itu menipu pandangan mata. Hakikat bisikan syaitan itu menipu pandangan akal.

  • Ciri bisikan Iblis-syaitan
Biasanya yang dibisikkan dalam hati manusia adalah "kebaikan" dan "ketaatan". Syaitan bukanlah makhluk bodoh yang mengarahkan kepada, "Curi! Rampok! Bunuh!" {kecuali pada orang mabuk atau yang sedang dikuasai amarah). Sesuai sifat daya muslihatnya, syaitan memujuk manusia dengan kebusukan, kejahatan, dan kemaksiatan yang dibungkus dengan kebaikan dan kesantunan.

Contoh:
Ketika seseorang baru saja berbuat baik atau beribadah, biasanya muncul dalam hati perasaan bangga dan lega. Hati-hati..ini boleh jadi bisikan ujub, riak, takabur dari syaitan. 

Biasa juga bisikan syaitan itu menyimpangkan kebaikan syariat dan berlebih-lebihan. Jika di hati terdetik fikiran seperti ini, "Kalau untuk Allah itu jangan setengah-setengah. Selain dengan wudhuk, tentu lebih afdal jika setiap sebelum solat kita mandi hadas besar. Lebih sempurna!" Lalu mulailah kita melakukannya untuk diri sendiri, lalu mulai kita anjurkan pada anak-cucu, lalu hiduplah ajaran bid'ah.


Ada juga taktik syaitan menerbitkan rasa malu, enggan, atau rendah diri pada diri manusia ketika ia ada keinginan untuk bertaubat, atau berdiskusi agama, maupun sekadar menyemak acara-acara keagamaan. Hati-hati, ini juga boleh jadi datang dari syaitan.


Oleh sebab itu kita kena sentiasa bermuhasabah diri dengan setiap amal perbuatan kita. Mungkin pada diri kita telah Allah swt kurniakan akan Asma-asma yang baik seperti Al-Alim (Maha Mengetahui), Al-Haq (Maha Benar) Al-Adl (Maha Adil) dan sebagainya, tetapi disebabkan oleh tipu daya syaitan ini kita mengarahkan hati kepada sikap yang tidak sewajarnya. Ini adalah antara yang ditekankan dalam program Kuasa 99 Nama.

Jom Muhasabah. Aktifkan Kuasa 99 Nama.