Pages

Sabtu, 15 September 2012

Simple.Interesting.Different.Empower. (SIDE)

Konsep pembelajaran yang diketengahkan melalu program Kuasa 99 Nama ini adalah berteraskan kepada Simple, Intereting, Different, Empower atau SIDE. Simple bukan saja mudah tetapi juga santai dan tiada penekanan yang berat dari segi pengisian mahupun props atau kaedah perlaksanaan program yang lebih kepada bentuk perkongsian ilmu. Interesting kerana ilmu yang dibawa ini memang sesuatu yang menarik biarpun ia bukanlah sesuatu yang baru. Cuma cara olahannya serta bagaimana ia membongkarkan rahsia diri anda, itu yang menjadikannya menarik. 

Different adalah menjadi penekanan penting dalam membawakan ilmu ini kepada anda. Kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang Coach untuk membawakan sesuatu yang berbeza daripada apa yang dimiliki oleh pihak lain. Biarpun landasan mahupun pati ilmu yang dibawa adalah sama tetapi setiap Coach mempunyai kelebihan tersendiri dalam mencorakkan program masing-masing. Manakala Empower adalah matlamat akhir yang harus dicapai. Adalah sia-sia sekiranya, peserta telah hadir dan mempelajari sesuatu dari Bengkel atau Coaching tetapi tidak diguna pakai untuk menambah nilai dalam diri dan kehidupan.
Cubalah anda bayangkan, jika melalui program ini anda mengetahui anda menbongkar serta mendapati bahawa dalam diri anda masih ada sifat al-Mudzil (merendahkan) atau keterbalikkan dari sifat al-Qaadir (mampu/kuasa) apakah tindakan anda? Adakah anda hanya ingin membiarkannya sahaja biarpun ia mungkin mempengaruhi kehidupan bekerluarga, sosial mahupun kerjaya anda? Apakah anda akan membiarkan potensi diri anda terhalang kerana anda tidak mengambil langkah untuk mengatasinya?

Jika anda seorang ibu atau bapa, bagaimana anda dapat mengilap bakat anak anda selaku Abdi Allah Al-Mushawir (merekabentuk), Al-Malik (ketua) atau Al-Bari (Mencipta dari tiada kepada ada)?

Begitu juga jika anda seorang majikan, apakah kesannya jika anda mempunyai kakitangan yang mempunyai Asma Allah ul Husna Al-Bashir (melihat), An-Naafi (Maha Pemberi Manfaat) mahupun As-Shomad (tempat bergantung) disebalik keperibadian mereka? Tahukah anda petunjuk-petunjuk ini mampu membantu anda mengenal potensi mereka serta mampu pula menambah baik prestasi mereka?

Malahan banyak lagi yang bakal anda bongkar melalui program ini.

Sememangnya jika dinilai, ilmu ini dilihat begitu SIMPLE, tetapi ada sesuatu yang INTERESTING untuk anda bongkar dan nyata caranya DIFFERENT berbanding kaedah-kaedah lain yang anda pernah ikuti serta menjadi landasan untuk anda menambah nilai diri dengan EMPOWER diri anda setelah membongkar rahsia diri anda sendiri.
Jumpa anda bila anda telah bersedia untuk mempelajari dan membongkar rahsia diri anda sendiri. Anda mungkin salah jika anda merasakan telah mengetahui semua rahsia diri anda kerana jika anda fahami Kaedah Tingkap Jauhari, anda pasti mengetahui bahawa pada diri setiap individu itu terdapat Tingkap Tertutup dimana kita tidak dapat menembus masuk ke dalam diri melalui tingkap tersebut tanpa bantuan yang sewajarnya.
 
Mudah-mudahan, Kuasa 99 Nama menjadi bahan serta alatan yang dapat membantu anda untuk membuka Tingkap Tertutup tersebut. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan