Pages

Rabu, 5 September 2012

Menguatkan FIRASAT

Kuasa 99 Nama merupakan sebuah pelatihan modal insan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan setiap Khalifah akan kekuatan diri yang dimiliki namun masih belum diserlahkan ataupun telah diketahui tetapi gagal untuk dihubung kaitkan dengan pemilik segala kekuatan yakni Allah swt.

Pada masa yang sama, menerusi pelatihan ini, para peserta diajar dan difahamkan dengan ilmu Firasat yang sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kekuatan yang dimiliki oleh individu mukmin.

Secara dasarnya, jika seseorang individu mukmin ingin mendapatkan FIRASAT yang kuat, mereka harus membersihkan hati dengan zikrullah agar terlahirlah dari dalam diri mereka itu akan hati yang bersih. Apabila hati bersih, maka akan terhasillah segala sifat mahmudah dalam diri mukmin tersebut. Hasil dari sifat mahmudah itu akan terbukalah pula salah satu khazah rohani yang dianugerahkan oleh Allah swt iaitu FIRASAT.





Benarkah wujud FIRASAT ini? Firasat mengikut definisi Ulama:  “Apa yang dapat diketahui oleh hati tanpa pengamatan atau hujah yang menyokong”. Ibnu Athir membahagikan firasat kepada dua pembahagian:

1. Satu karamat yang Allah anugerahkan kepada para kekasihnya (wali Allah) sehingga dapat mengetahui keadaan manusia. Allah menjadikan mereka istimewa dengan ketepatan segala agakan mereka.
2. Pengalaman, kepakaran yang dilatih dan petunjuk pada situasi yang semuanya ini boleh dilatih dan dipelajari. Ilmu ini menjadikan mereka mampu mengenal keadaan manusia.  Kesimpulan dari apa yang dikatakan Ibnu Athir: Firasat merupakan satu keadaan yang menjadikan anggapan seseorang bertepatan dengan hakikat dan realiti. Sebagai contoh; Menganggap seseorang yang tidak dikenali itu soleh atau fasik dengan perasaan peribadi. Realiti membenarkan apa yang dikatakan oleh hati.

Oleh yang demikian, melalui Kuasa 99 Nama, saya menguatkan FIRASAT para peserta menggunakan kaedah yang kedua terlebih dahulu kerana kita ini bukanlah ahli zikir yang hatinya sentiasa ingat pada Allah swt. Maka kita gunakanlah kaedah yang telah diperturunkan oleh ulama-ulama handalan dahulu untuk memahami dan mengenali seseorang individu dengan menggunakan hisab jamal, huruf abjadiyah serta asma ul husna.

Note: Anda boleh membaca lanjut tentang Firasat Mukmin di laman berikut:
http://www.thaqofah.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=70:firasat-mukmin&catid=13:tasauf&Itemid=10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan