Pages

Ahad, 23 September 2012

Jawi Oh Jawi!

Sejak saya bongkarkan lapisan pertama Kuasa99Nama ni, semakin ramai yang berkunjung ke blog ni. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Mudah-mudahan anda membawa balik sesuatu ilmu dari perkongsian yang dibuat. Saya juga sedar, mungkin ada di antara pengunjung blog ini sukar untuk mengaplikasikan teknik yang saya bongkarkan kerana sukar, tidak biasa belajar jawi dan lain-lain lagi berkaitan dengan huruf jawi.

Bagi memudahkan anda yang tidak tahu mengeja nama anda dan nama ibu anda di dalam huruf jawi; anda semua boleh ke link berikut http://ejawi.net/converterV2.php untuk dapatkan ejaan dalam huruf jawi. 

Permasalahannya adalah, perisian ini tidak dapat membezakan antara huruf "alif" dan "ain". Ini penting kerana jika mengeja nama Aini, ia adalah padanan huruf "ain", "ya", "nun" dan "ya", bukannya "alif". Begitu juga bagi beberapa nama yang lain. Terutama nama-nama dari sebutan arab. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya jumlah hisab jamal anda berbeza dari yang sepatutnya. 

Namun, sebagai permulaan dan untuk mencuba mendapatkan gabungan Asma Ul Husna disebalik diri anda, rasanya tidak salah untuk anda mencuba.
Setelah itu dapatkanlah gabungan Asma Ul Husna yang bersesuaian. Seelok-eloknya hal ini dipelajari biarpun ia nampak mudah. Insyaallah, banyak lagi yang anda dapat bongkar melalui teknik ini dengan belajar terus melalui bengkel atau sesi Coaching.

Antaranya adalah Kemahiran Intelek Intrapersonal iaitu kemampuan mengenali diri sendiri, merenung dan menilai keseimbangan diri serta Kemahiran Intelek Interpersonal iaitu kemampuan mengerti dan menjadi peka terhadap perasaan, motivasi dan watak suka duka orang lain yang tentunya bermanfaat untuk enam cabang kehidupan anda iaitu kerohanian, kekeluargaan, sosial, kerjaya/kekayaan, kesihatan dan pendidikan/pengetahuan.

Saya tak suruh anda PERCAYA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan