Pages

Khamis, 20 September 2012

Empat Sudut Pandang- Siapa Kita?

Sekiranya kita ingin mengenali keperibadian seseorang sebenarnya terdapat empat sudut pandang yang boleh kita jadikan panduan untuk melihat dan memahami individu tersebut. Hal ini saya perolehi apabila meneliti akan kata-kata Ulama sepertimana berikut:

1. Orang yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu ; Itulah orang yang berilmu – ikutilah mereka.

2. Orang yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu ;Itulah orang yang lalai – berilah mereka peringatan.

3. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu ; Itulah orang yang jahil – ajarlah mereka.

4. Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu ; Itulah orang yang bodoh dan degil - Oleh itu, tinggalkan mereka.

Manakala menurut Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani di dalam kitabnya  Futuuhul Ghaib, pembahagian manusia di atas muka bumi ini juga dalam empat kelompok iaitu:
 
1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. 
 
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. 
 
3. Mereka yang  mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
 
4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
"Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan". 
 
Jadi siapa kita? Melalui petunjuk Asma Ul Husna yang berada disebalik nama kita, empat sudut pandang ini penting dalam menjawab siapa kita?

Sebagai contoh, kita lihat pada Asma Allah yang terdapat disebalik nama salah seorang peserta program Kuasa 99 Nama. Asma Allah swt yang ada disebalik nama beliau adalah;
Al-Muqsith (Adil) dan Al-Karim (Mulia). Lalu bagaimana kita hendak melihat keperibadian individu ini dengan menggunakan empat sudut pandang yang ada?

1) Orang yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu, bermakna positif bagi kedua-dua keadaan maka sudut pandangnya adalah: Beliau seorang yang adil dan dimuliakan.

2) Orang yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, merujuk kepada positif awal dan negatif akhir bermakna sudut pandangnya adalah: Beliau adil tetapi tidak dimuliakan/ dihinakan.

3) Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, keadaan yang merujuk kepada negatif awal dan positif akhir yang boleh ditafsirkan sebagai: Beliau tidak adil tetapi dimuliakan.

4) Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu; merujuk kepada keadaan negatif awal dan negatif akhir iaitu: Beliau seorang yang tidak adil dan tidak dimuliakan/dipandang hina.

Maka bagaimana menetukan siapa beliau? Di sinilah FIRASAT memainkan peranan. Firasat yang bersih dan di dorong oleh petunjuk dan hidayah Allah swt akan menemukan kita dengan jawapan siapa kita tanpa ada bias dalam penilaian.
Dengan mengenali diri melalui empat sisi ini, kita boleh bermuhasabah diri dan menentukan tindakan selanjutnya dalam hidup kita. Ingat! Setiap pilihan yang kita buat bukan sekadar menentukan siapa kita di dunia tetapi juga akan menentukan tempat kita di akhirat.

Pilihlah untuk jadi Abdi Allah swt bukan auliyau (wakil)  Syaitan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan