Pages

Jumaat, 14 September 2012

Luasnya Ilmu Allah

Benarlah bahawa ilmu Allah swt ini terlalu luas. Kita tidak akan mampu memahami kesemuanya. Tidak juga kita mampu memiliki kesemuanya. Namun bersyukurlah kerana dengan kurniaan Nya itu kerana tanpa Rahmat dan belas kasih Nya, maka kita ini hanyalah hamba-hamba yang jahil. Tidak mungkin dapat mengenali, memahami apatah lagi mempergunakan ilmu itu bagi tujuan menguruskan kehidupan kita.

Atas Rahmat dan belas kasih sayangnya jualah saya dikurniakan sedikit pemahaman berkaitan dengan Asma Ul Husna Allah swt yang mampu menjadi petunjuk bagi menyelesaikan pemasalahan umat masa kini. Saya sendiri tidak menyangka, sesuatu yang mungkin dianggap remeh oleh kita dan mungkin hanya sekadar menghafal dan menyanyikan sebagai hiburan bagi hati.

Biarpun sekadar menghafal, insyaallah janji Allah swt untuk menyediakan syurga bagi yang menghafalnya adalah benar sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud; "Bahawasanya Allah swt itu mempunyai 99 nama yakni seratus kurang satu. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga." (HR Imam Bukhary)

Tapi bukankah tadi saya menyatakan bahawa ilmu Allah swt itu luas. Seandainya ilmu matematik itu bukan sekadar menghafal nombor satu sehingga kiraan yang tak terhingga. Mahupun sekadar campur, tambah, darab dan bahagi. Malahan berkembang kepada purata, statistik, kebarangkalian dan pelbagai lagi, maka sudah semestinya ilmu berkaitan dengan Asma Ul Husna ini juga masih luas untuk kita kaji dan pelajari.

Selaku hamba Allah yang jahil, dhaif lagi hina. Saya bersyukur apabila Allah swt bukakan sedikit rahsia Asma Ul Husna ini bagi menambah nilai kepada diri saya sendiri serta kemudiannya disebar luaskan pula kepada masyarakat yang memerlukannya. Oleh yang demikian, sekiranya hari ini anda telah menghafal setiap asma-asma Allah beserta maknanya, sekiranya anda telah berzikir dengan asma-asma tertentu dengan asma-asma Nya, maka rasanya tiadalah menambah apa pun kepada anda melainkan dengan izin Allah jua.

Secebis perkongsian saya dari cebisan-cebisan "puzzle" yang dikurniakan kepada kita, mudah-mudahan bermanfaat. Melalui program Kuasa 99 Nama ini, kita mendapat petunjuk dari Allah swt melalui nama-nama Nya yang tertentu. Contohnya;
1) Apabila seseorang menghadapi masalah rezeki- saya akan merujuk kepada nama Allah Al-Baasith, Al-Wasii', Ar-Razzak serta beberapa nama lain dengan gabungan-gabungan yang ditemui melalui kaedah Kuasa 99 Nama.

2) Jika ingin melihat dari sudut ilmu pula- rujukkan saya adalah Al'Alim, Ar-Rasyid ataupun Al-Hakim kerana makna-maknanya yang merujuk kepada ilmu, kebijaksanaan dan bijaksana.

3) Sikap seseorang pula boleh dinilai daripada banyak petunjuk- dari nama Ar-Rahman sehinggalah As-Shobur, boleh saja menjadi sikap baik atau buru seseorang.

4) Sekiranya seorang bos ingin melihat kepada kebolehan soft skill orang bawahannya- saya merujuk kepada Al-Jabbar, As-Samii, Al-Matiin dan beberapa nama yang lain.

Sesungguhnya tak termampu saya nak huraikan satu per satu akan kehebatan asma-asma Allah ini dalam memberikan petunjuk buat kita semua. Malahan dengan kaedah Kuasa 99 Nama, saya sediakan pula tools/alatan atau kaedah membaca petunjuk ini untuk memudahkan pemahaman kita. Ada beberapa kaedah bagi menganalisa dan memecahkan tembok kebuntuan pemikiran kita.
1) Teknik satu untuk satu- Satu nama dengan satu maksud dan petunjuk.
2) Teknik rantaian dalam satu- Gabungan beberapa nama yang menghasilkan satu petunjuk.
3) Teknik 10 dalam satu- Gabungan beberapa set Asma Ul Husna yang menghasilkan satu cerita dan petunjuk bagi pemasalahan.
4) Teknik punca, sebab dan kesan- bagi menganalisa setiap pemasalahan.

Hebatnya ilmu Allah ini... sehinggakan tiada pujian yang layak untuknya melainkan segala pujian adalah untuknya. Semoga Allah izinkan saya berkongsi dengan anda apa yang saya ketahui dan Allah izinkan anda untuk mempelajari ilmu ini. Kerana setelah saya memahami lagu Caravanserai di bawah ini, tahulah saya bahawa bukan semua ilmu kita mencarinya, tetapi ada sesetengah ilmu, kita dipilih untuk mempelajarinya. Wallahu a'lam.
Semoga anda menemui sedikit petunjuk dari perkongsian ini. Selebihnya saya amat mengalu-alukan kehadiran anda ke program Kuasa 99 Nama yang diadakan dalam bentuk Bengkel mahupun Coaching. Buatlah pilihan.

Bila anda bersedia, boleh hubungi saya di perkasa_165@yahoo.com atau call 0125690149- A J Nuruddin. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan