Pages

Isnin, 10 September 2012

Huraian Hukum

Apabila pembelajaran dan pelatihan seperti ini diketengahkan kepada masyarakat, maka timbullah andaian serta tuduhan bahawa ilmu ini khurafat dan syirik tanpa jelas letak sudut pandang hukumnya. Jika, melihat dari satu sudut pandang sahaja, memang mudah menjatuhkan hukuman dan meletakkan seseorang dalam keadaan khurafat dan syirik.

Hukum Tauhid dalam meletakkan sesuatu hukum pada dasarnya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, Hukum Syariat, Hukum Adat dan Hukum Akal. Seseorang yang belum mengetahui perbezaan diantara ketiga hukum ini sebenarnya belum mengetahui apa yang diperkatakan olehnya, belum mengetahui terhadap apa yang diiktikadkannya serta belum mengetahui terhadap apa yang dilakukannya.

Persoalannya tertumpu kepada pengisian program ini, yang mengajak anda semua, untuk mengenal diri serta pelbagai permasalahan kehidupan dengan menggunakan hisab jamal, huruf abjadiyah serta penggunaan asma ul husna. 

Secara akalnya, setiap manusia itu ada yang melakukan kebaikan dan keburukan. Secara adatnya, manusia yang berakal mampu memilih dan membezakan perbuatan baik dan buruk, manakala dari sudut syara' pula Allah swt telah berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat ke 44-45 yang bermaksud; "Barang siapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (neraka atas) kekafirannya. Barang siapa yang beramal soleh maka (syurga) untuk dirinya."

Selain itu, secara akalnya juga kita menerima bahawa setiap sesuatu yang terjadi adalah dalam pengetahuan Allah swt yang Maha Mengetahui dan Allah swt jua yang telah menetapkan Qada dan Qadar bagi setiap hamba-hamba Nya. Malahan menurut adat kebiasaannya, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Nyata ia tidak bertentangan dengan ketetapan syara' iaitu berdasarkan dalil di dalam al-Quran dalam surah As-Shaafaat yang bermaksud; "Allah menjadikan kamu dan setiap perbuatan kamu."

Jika ingin dikupas satu persatu, sudah semestinya panjang lebar catatan ini kerana banyak yang ingin dihujahkan. Cukuplah kita mengetahui bahawa, pelatihan ini tidak sesekali melanggar hukum syara' serta tidak mempunyai unsur khurafat di dalamnya. Malahan ia membuka satu cabang khazanah rohani iaitu FIRASAT. Bagi memahami hujahan tentang FIRASAT, sila baca catatan terdahulu.

Bagi yang ingin membaca dan memahami dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga hukum ini, anda boleh layari; http://www.scribd.com/doc/58433329/Huraian-Ringkas-Hukum-Akal-Adat-dan-Sya-ra-NEW-Update.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan