Pages

Rabu, 12 September 2012

Hidup Dalam Zikrullah

Syukur Alhamdulillah, program Kuasa 99 Nama dan Zikrullah ibarat aur dengan tebing yang tak terpisahkan. Melaluinya anda saya bawa mengenal Allah swt melalui Rububiyah-Nya iaitu Asma Ul Husna Allah pada ciptaan Nya iaitu diri kita sendiri.

Hasilnya, anda boleh memilih untuk melakukan zikir-zikir Asma Ul Husna yang berkaitan dengan diri anda mahupun bertindak dengannya yang saya kirakan termasuk dalam kategori berzikir. Sesungguhnya zikir itu adalah sesuatu ibadah sunat yang menjadi tuntutan buat kita. Ia membawa manfaat kepada kita sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah swt di dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

"Wahai anak Adam! Apabila kamu ingatkan aku (Allah) dalam keadaan sunyi sepi, Aku ingat pula kepadamu dalam keadaan sunyi sepi. Dan apabila kamu mengingati Aku ditengah khalayak ramai nescaya Aku akan mengingatimu didalam khalayak ramai yang lebih baik dari tempat kamu ingat kepadaku." Riwayat Bazzar dari Ibnu Abbas.

Zikir kepada Allah boleh dilakukan berbagai cara diantaranya:
1) Zikir dengan Lisan yakni senantiasa menyebut nama Allah, sifat-sifatNya atau melafazkan puji-pujian kepadaNya dengan lidah/mulut kita.

2) Zikir dengan Hati pula adalah dengan menghadirkan kebesaran, keagongan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah di dalam diri dan jiwanya sendiri sehingga hatinya menjadi sibuk dengan zikrullah.

3) Zikir anggota dan hati, melibatkan kerjasama di antara lisan dan hati dalam mengingati Allah swt. Malahan anggota-anggota lain juga boleh kita gunakan sebagai wadah untuk berzikir kepada Allah swt. Hal ini adalah amat baik sekali, bahkan ia dituntut oleh Islam.

Melalui cara ini, setiap amal perbuatan anda bukan sahaja menjadi kerja yang harus tetapi boleh mendatangkan pahala yang sunat malahan mampu mencegah kehadiran syaitan ke dalam hati anda pada setiap masa dan ketika sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas;
"Syaitan mencelah masuk dalam hati anak Adam apabila dia lalai dan lupakan Allah lalu mewas-waskannya, dan apabila dia mengingati Allah, ia (syaitan) akan beredar (dari hati-hati anak Adam)."

Tambahan pula bila mana anda mematuhi enam syarat ibadah berikut, pastinya menjadikan hidup anda dalam zikrullah dan ibadah.
Jadi, huraikan keinginan anda untuk mengetahui bagaimana semua ini boleh menjadi ibadah dalam hidup anda? Ketahui dimana anda mampu menjadi Abdi Allah melalui Asma-asma Nya. Pecahkan simpulan permasalahan anda dengan Zikrullah yang pastinya mempunyai aura dan energy yang hebat. Hanya di Kuasa 99 Nama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan