Pages

Isnin, 10 September 2012

GPS Kehidupan

Peserta Coaching saya bertanya; kenapa mesti belajar ilmu ini (sdgkan dia yg nak belajar)...

Jawapan saya: Ilmu Kuasa 99 Nama ini ibarat sebuah PETA KEHIDUPAN. Jika kita tahu membaca peta kehidupan kita, maka perjalanan kita untuk menuju destinasi yg diingini lebih mudah. Jika kita bergerak secara somborono pun boleh... tapi lama-kelamaan kita letih dan mudah pula tersesat jalan.

Jadi dengan ilmu ini, kita akan ada Peta kehidupan masing-masing. Kita tahu di mana check point kita sekarang. Sedar apa yg berlaku dlm hidup, penyebab sesuatu itu berlaku serta kesan kepada kehidupan kita dalam 6 aspek utama kehidupan.

Bila kita tahu isu/masalah hidup, penyebab pemasalahan serta kesannya pada diri kita maka, kita akan temui kunci untuk membuka pintu penyelesaian masalah tersebut agar kita dapat bergerak terus kehadapan.

Penuh dengan Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakal beserta Asma-Asma Allah ul Husna.
Sepertimana yang kita sedia maklum, kehidupan kita kini adalah di alam dunia. Disinilah kita diuji dengan pelbagai ujian untuk Allah melihat siapakah dikalangan kita yang beriman. Saat kita menghadapi ujian dan memerlukan petunjuk, kita sering berdoa dan mengharap kepada Allah swt supaya Dia hadirkan bantuan dan petunjuk buat kita.
 
Al-Quran dan Al-Hadith adalah panduan paling tepat dalam mengemudikan kehidupan. Manual yang Allah swt sediakan kepada kita sebagai panduan untuk mendepani segala cabaran. Namun tidak semua orang mampu memahami petunjuk yang diberikan secara jelas di dalam al-Quran kerana kelemahan diri kita sendiri. Lalu, hadirlah alternatif lain bagi memudahkan manusia mendapatkan petunjuk serta jawapan dari setiap persoalan kehidupan yang dicari.
 
Pelbagai kaedah dikemukan oleh banyak pihak. Pilihan saya adalah Kuasa 99 Nama, kerana methodnya yang berbeza serta membawa kita untuk mengenali Sang Pencipta yang Maha Kuasa. Anda juga boleh menggunakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan