Pages

Isnin, 10 September 2012

Cermin Diri



Salah satu tujuan asal program Kuasa 99 Nama ini dijalankan adalah untuk menjadi titik mula kepada proses muhasabah diri dikalangan masyarakat. Falsafah barat selalu memetik kata-kata; "to know the world, first know yourself. to change the world, first change yourself", yang menunjukkan segalanya bermula dari dalam diri kita sendiri.

Sebenarnya, Islam itu lebih dahulu mendidik kita untuk mngenal diri sendiri dan berakhlak mulia sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran yang bermaksud; "Dan sesungguhnya Engkau (hai Muhammad) benar-benar memiliki keperibadian yang agung." Al-Qalam ayat 4.

Oleh yang demikian, jika kita belum memiliki keperibadian yang agung, maka sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik diri kita sendiri ke arah tersebut. Sewajarnyalah kita mengenal akan diri kita sendiri, barulah kita tahu sifat kebaikan (sisi positif) yang harus dikekalkan dan sifat buruk (sisi negatif) yang harus ditinggalkan. Sitausi ini menjadi wadah permulaan kepada sebuah perjalanan sepertimana yang sering diungkapkan oleh ahli-ahli sufi; "barangsiapa yang mengenal dirinya maka dia mengenal akan Penciptanya (yakni Allah)."

Wajarlah disini kita renungkan juga firman Allah swt di dalam al-Quran yang bermaksud; "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."

Disitu dapatlah kita fahami maksud saya selama ini tentang persoalan kehidupan akan siapa yang bakal kita temui dalam kehidupan kita sehari-harian. Ingatlah, tindakan kita hari ini akan menentukan hasil yang bakal kita temui pada masa akan datang. Jika hari ini kita pernah menghinakan orang lain (cerminan sikap al-Mudzil- yang menghinakan), pastinya suatu hari nanti kita akan dihina. Jika hari ini kita gagal berlaku adil dengan diri kita dan persekitaran kita (menterjemahkan sifat al-Adl dalam diri), maka kita akan ditemukan dengan ketidak adilan pada masa yang lain.

Bila menyedari akan keadaan ini, maka berlakulah proses MUHASABAH DIRI dalam membentuk sebuah kehidupan yang lebih tenang dan harmoni. Kuncinya pada sabda Rasulullah saw yang bermaksud; “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"(HR At-Thabbrani dari Anas RA). Oleh itu, jika kita ingin melihat wajah yang cantik di dalam cermin kita, cantikkan dulu diri kita dengan akhlak yang baik. Sama sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah swt di dalam petikan ayat terdahulu. 
Melalui ilmu Kuasa 99 Nama, insyaallah petunjuk yang anda perlukan untuk mengubah diri anda bagi memperbaiki diri akan anda temui melalui Asma Ul Husna yang zahir dari sebalik nama anda serta ditafsirkan mengikut kaedah yang telah dikenalpasti mampu untuk membantu anda menambah nilai dalam kehidupan.

Pilihlah laluan hidup anda sekarang. Fahami dan sedarilah akan situasi yang sedang anda hadapi saat ini. Suasana hari ini cukup pekat dengan suasana yang merosakkan, sehingga potensi kita untuk menjadi cerminan mukmin pudar dan tiada kesan. Maka kita perlu kepada tarbiyah. Kata Hasan Al-Banna:

"Jalan penyelesaiannya hanya melalui tiga cara; mengetahui punca penyakit, sabar menerima rawatan dan wujudnya seorang doktor pakar (pendidik/murabbi) yang menjalankan rawatan ini hingga Allah mengizinkan dia menyembuhkan dan mencapai kejayaan.”
Mungkinkah saya DOKTOR anda? Kuasa 99 Nama adalah kaedah rawatannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan