Pages

Memaparkan catatan dengan label perjalanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perjalanan. Papar semua catatan

Sabtu, 15 September 2012

Tunjukilah Kami Jalan yang Lurus

Setiap hari, sekurang-kurangnya kita melafazkan ucapan berbentuk doa; "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka..." Mengikut tafsir para Ulama, jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka ini adalah jalan para Nabi, Rasul, sahabat-sahabat dan orang-orang soleh. Pendapat ini diambil dari Ibnu Abbas, yang menyatakan;Sirathal-mustaqim ialah jalan yang dipilih Allah untuk dirinya dalam perlaksanaan segala takdir, dan pilihan untuk hamba-Nya daripada agama.Sirathal mustaqim merupakan jalan Rasulullah s.a.w. dan para nabi dahulu, dan inilah jalan yang diiltizamkam oleh golongan yang diberikan nikmat Allah daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang solihin.

Adalah mustahil untuk kita yang jahil, dhaif dan serba hina ini, mampu untuk mengikut perilaku Rasulullah saw yang diakui akhlaknya itu adalah akhlak al-quran. Nabi dan Rasul serta manusia yang paling agung dan mulia martabatnya disisi Allah swt. Lalu bagaimana untuk kita melalui jalan orang-orang yang diberi nikmat ini?
Maka ada usaha dari Ulama dan ilmuan Islam terdahulu untuk membuat kajian akan hal ini dan menetapkan empat orang sahabat terdekat kepada Rasulullah saw serta empat Nabi Ulul Azmi dipilih sebagai contoh ikutan bagi permulaan setiap perjalanan. Oleh yang demikian, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali adalah jalan permulaan kita untuk mengikuti akan jalan Baginda Rasulullah saw. Manakala Nabi Allah Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa pula menjadi petunjuk kepada jalan-jalan yang dirintis kerana semua kisah nabi dan rasul ini ada tercatat di dalam al-quran.
Kaedah yang diketengahkan oleh ilmuan Islam terdahulu ini juga saya jadikan sebahagian daripada pengisian Kuasa 99 Nama. Melalui program ini, anda akan dapat mengetahui Sahabat serta Nabi yang menjadi sumber rujuk kepada perjalanan anda. Malahan, setiap perjalanan mereka adalah sangat rapat dengan perjalanan hidup anda. Hebatnya ilmu Allah swt.

Mengetahui tentang ilmu ini sahaja tidak memadai untuk kita sebenarnya. Insyaallah, melalui program Kuasa 99 Nama, keutamaan adalah kepada mengaplikasikan ilmu yang dipelajari agar dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Lalu timbul persoalan. Apa yang dapat dilakukan dengan mengetahui ilmu ini? 

1) Kita beriman dengan Qada dan Qadar Allah swt sama ada yang baik atau yang buruk kepada kita.
2) Kita akan sedar bahawa ujian yang hadir kepada kita saat ini adalah terlalu ringan jika dibandingkan dengan ujian-ujian yang dihadapi oleh para Sahabat dan Nabi-nabi Ulul Azmi.
3) Sewaktu berhadapan dengan ujian dan masalah, kita boleh merujuk kepada perjalanan sahabat-sahabat atau Nabi-nabi yang telah dikenalpasti menyamai permasalah kita. Disitu kita belajar bagaimana mereka berhadapan dengan setiap ujian dan berkemungkinan juga kita akan menjumpai jalan keluar bagi berhadapan dengan permasalahan tersebut.
4) Kita akan lebih Fatonah (Bijaksana) berhadapan dengan orang lain kerana kita akan sedia maklum bahawa setiap orang yang diciptakan oleh Allah swt adalah berbeza-beza. Hal ini akan membolehkan kita merapatkan jurang perbezaan diantara satu sama lain dan menghormati hak serta pandangan orang lain, sepertimana firman Allah swt yang bermaksud;
”Wahai manusia! Kami jadikan kamu daripada leaki dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya yang paling mulia daripada kamu ialah yang orang paling bertakwa dari kalangan kamu.” (al-Hujuraat: 13).

Mudah-mudahan melalui catatan ini, anda beroleh manfaat daripadanya. 

Rabu, 12 September 2012

Petunjuk Dari Asma Ul Husna

Apabila kita tersesat dalam perjalanan kehidupan, apakah yang kita perlukan?
Apabila kita dilanda masalah, apakah yang diperlukan?
Apabila anda diuji, apakah yang diperlukan?
Apa yang anda fikirkan apabila masalah yang sama sering kali berulang dalam kehidupan anda?
Semestinya kita memerlukan PETUNJUK untuk mendapatkan jawapan bagi setiap hal yang berlaku.
Tahukah anda, PETUNJUK tersebut telah tersedia bersama dengan kita sejak dari kecil lagi?

Kita hanya perlu mengetahui kaedah untuk merungkaikan dan membaca petunjuk tersebut sepertimana kita membaca peta sewaktu mencari jalan ke destinasi yang dituju. Kita hanya perlu tahu kaedah untuk mentafsirkan simbol-simbol (dalam kaedah ini, adalah makna Asma Ul Husna itu sendiri) yang terdapat di dalam peta tersebut.
Peta perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini telah dimudahkan dan diperincikan oleh pakar-pakar dengan mengkelompokkan isu dan permasalahan serta arah tujuan perjalanan kita itu kepada enam kelompok yang terdiri daripada:
1) Kerohanian
2) Kekeluargaan
3) Sosial
4) Kerjaya/Kekayaan
5) Kesihatan
6) Pendidikan

Menggunakan tools/alat yang telah disediakan secara khusus semenjak zaman berzaman ini, Program ini akan menemukan anda kepada petunjuk yang diperlukan agar anda dapat mengenalpasti punca permasalahan kehidupan yang mengganggu kemajuan anda dalam kehidupan.
Sebagai contoh, saya hadirkan beberapa kes yang pernah saya kendalikan sebelum ini dalam merungkai persoalan-persoalan tersebut dengan menggunakan petunjuk dari Asma Ul Husna.

Kes 1: Seorang ibu mengadu kepada saya tentang masalah yang dihadapi oleh beliau dengan anaknya yang kedua. Katanya, anak beliau yang kedua ini sukar mendengar kata dan sering kali memberontak. Lalu dengan kaedah Kuasa 99 Nama, saya cari dan ketemukan punca dari pemasalahan hidup yang dihadapi.

Hasilnya saya temui Asma Allah Al-Adl (Yang Adil) dan Al-Malik (Ketua/Raja) sebagai petunjuk untuk ibu ini. Lalu saya terangkan, masalah anak beliau sebenarnya berpunca dari sikap si ibu itu sendiri. Si ibu tidak berlaku adil dengan anaknya ini. Dalam erti kata yang lain, si ibu selalu membanding-bandingkan si anak dengan orang lain. Atas izin Allah swt, si ibu akhirnya menceritakan keadaan yang terjadi dan mengakui sikap tidak adil beliau itu kepada saya.

Kes 2: Salah seorang peserta saya, menemui gabungan Asma Allah al-Malik (Ketua/Raja), al-Halim (Yang Penyantun) beserta al-Majid (Yang Mulia). Kerana pertama kali menghadiri program ini, maka dia meminta saya mentafsirkan petunjuk yang ditemuinya dengan melihat kepada isu sosial yang sedang dihadapinya.

Secara firasat dan kaedah yang diketengah melalui Kuasa 99 Nama, saya dapati punca permasalahan beliau adalah dipandang hina atau rendah oleh masyarakat kerana menolak untuk menjadi ketua dalam komuniti ditempat beliau. Alhamdulillah, beliau temui jawapan kepada permasalahan tersebut melalui kaedah ini dan kembali dengan jawapan penyelesaian yang saya berikan.
Saya bukanlah Nujum Pak Belalang ataupun mengamalkan ilmu perbomohan, tetapi ini adalah ilmu yang saya perolehi dari Guru saya yang termasuk di dalam kategori firasat. Selain itu, ia menggunakan kaedah-kaedah yang digariskan dan dipermudahkan untuk pemahaman kita semua. Anda boleh membaca lanjut catatan-catatan saya berkaitan ilmu ini di dalam blog ini. Anda yang berminat untuk mempelajari ilmu ini, turut saya alu-alukan dengan menyertai Bengkel atau Coaching yang dijalankan.