Pages

Sabtu, 17 November 2012

Ikhlaskah Kita?

Menyentuh soal IKHLAS... jom kita renungi hadis baginda Rasulullah saw:

Ertinya secara ringkas dari sebuah hadis yang sangat panjang;
"Sesungguhnya (di antara) manusia yang mula-mula dihitung pada hari akhirat ialah (Pertama) orang yang mati syahid, lalu dibawanya dan ditanya: "Apa yang kamu telah buat di dunia dahulu? Dijawab: "Aku telah berjuang kepada-Mu (ya Allah) sehingga aku mati syahid". L
alu dijawab; "kamu berbohong, tetapi kamu sebenarnya berjuang hanya untuk dikenali sebagai orang berani atau pahlawan, (iaitu tidak kerana Allah), maka telah pun dipanggil begitu (dipuji orang)." Maka diarahkan dan diheret dengan mukanya sehingga dicampakkan ke neraka.

Kemudian orang yang mempelajari ilmu dan mengajarnya serta rajin membaca Al-Quran, lalu dibawanya dan ditanya: "Apa yang kamu telah buat di dunia dahulu?" Dijawab: "Aku mempelajari ilmu dan mengajarnya dan aku membaca Al-Quran kerana Mu." Lalu dijawab: "Kamu berbohong, tetapi kamu sebenarnya menuntut ilmu supaya kamu dikenali sebagai orang berilmu, dan kamu rajin membaca al-Quran supaya digelar Qari (Pembaca yang mahir), maka telah pun dipanggil begitu." Maka diarahkan dan diheret dengan mukanya sehingga dicampakkan ke neraka.

Kemudian orang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu dibawanya dan ditanya: "Apa yang kamu telah buat di dunia dahulu?" Dijawab: "Aku tidak tinggalkan mana-mana ruang yang Engkau suka diberikan sedekah, pasti aku hulurkannya." Lalu dijawab: " Kamu berbohong, tetapi kamu sebenarnya melakukan itu semua agar dipanggil "Jawwaad" (pemurah), maka telah pun dipanggil begitu." Maka diarahkan dan diheret dengan mukanya sehingga dicampakkan ke neraka."

Wallahu a'lam. Namun janganlah pula disebabkan ini, kita tidak mahu bersedekah, berkongsi ilmu, berjuang dan lain-lain kerana menunggu datangnya IKHLAS... tetapi buatlah apa yang kita suka dari kebaikkan itu dengan senantiasa berdoa dan mengharap redha Allah swt. Moga-moga kita dimasukkan dalam golongan yang IKHLAS dan DIREDHAI oleh Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan