Pages

Memaparkan catatan dengan label potensi diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label potensi diri. Papar semua catatan

Rabu, 5 September 2012

It's A Real DNA

Potensi diri telah wujud dalam diri setiap insan sejak kelahirannya, malah dibawa daripada gen ibu dan bapa sejak dalam kandungan lagi. Potensi ini ibarat isi padu air terjun yang berkumpul di puncak gunung atau takungan air empangan di tanah tinggi, bersedia untuk turun ke kontur yang lebih rendah mengikut ketinggian masing-masing.

Jika air terjun itu tinggi, maka besar dan tinggilah potensinya hingga mampu untuk menjadi pemandangan yang indah, menjadi tempat berkelah dan pelancongan, malah mengeluarkan bunyi yang menggerunkan dan kadang-kadang menghasilkan lingkaran tujuh warna pelangi yang cantik.

Takungan air di empangan pula mempunyai potensi yang tinggi untuk menghasilkan kuasa elektrik yang bermanfaat untuk keselesaan hidup umat manusia.

Potensi dalam diri manusia akan keluar melalui sembilan bidang atau skop di atas untuk menghasilkan pencapaian, kejayaan dan kecemerlangan.
 
Begitulah uniknya manusia ciptaan Allah swt yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, namun saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Benar, manusia bukan lemah tetapi unik. Dengan mengenali potensi diri yang masih terpendam dalam diri individu, kejayaan lebih mudah untuk dicapai.

-Dato' Haji Muhammad Zakaria.

*Teringat komen salah seorang peserta yang hadir ke program Kuasa 99 Nama, katanya: "It's really a real DNA". Sebabnya dia dapat melihat bagaimana asma-asma Allah swt yang ada pada ibu bapanya, turut mempengaruhi dirinya.

Jadi kenapa masih ada yang tidak baik?
 
Hal ini mengingatkan saya pada cerita anak harimau yang turut di muatkan dalam artikel yang sama;
 
seekor anak harimau tersesat ke dalam kumpulan anak-anak kambing di padang rumput. ketika bermain-main, anak-anak kambing begitu berbangga memiliki sepasang tanduk yang baru tumbuh di kepala masing2. Malangnya si anak harimau puas meraba-ra
ba kepalanya, namun tiada tanda-tanda sebarang rupa tanduk akan tumbuh.

menjelang senja anak harimau kembali menemui ibunya di hutan lalu memprotes: "Ibu, mengapa kita tidak ada tanduk seperti kambing?"
 
 
"anakku, kambing hanya mempunyai tanduk yang hitam dan kasar, tetapi kamu sebenarnya memiliki sepasang taring yang lebih cantik, putih dan kuat di dalam mulutmu," sambil menunjukkan sepasang taring yang mula tumbuh di dalam mulut anak harimau.

"malah kamu mampu mengaum dengan lebih kuat dan menakutkan haiwan lain, sedangkan kambing hanya boleh mengembek sahaja."

pengajarannya, janganlah berasa rendah diri dengan kelebihan yang dimiliki orang lain sedangkan Allah swt memberikan kita bermacam2 kelebihan yang belum kita ketahui dan masih terpendam dalam diri kita.
 

Potensi Diri & Tauhid Rububiyah

Alhamdulillah, melalui pelatihan Kuasa 99 Nama yang dijalankan, para peserta bukan sahaja didedahkan dengan potensi diri masing-masing tetapi ia turut mengaitkan potensi individu dengan pemilik segala sesuatu iaitu Allah swt.

Menurut Dato' Haji Muhammad Zakaria  Potensi dalam diri individu secara semula jadi mempunyai sifat:
1) Mengenal dan mengiktiraf Allah swt sebagai Kuasa Pencipta mutlak.
2) Hidup bermasyarakat
3) Sifat berkasih sayang
4) Mengejar kejayaan dan kecemerlangan
5) Memiliki sikap berlumba-lumba untuk berbuat yang terbaik
6) Survival untuk hidup hingga titisan darah yang terakhir
7) Menolong orang lain yang susah
8) Taat kepada kepemimpinan.

Jadi untuk mengenal dan mengiktiraf Allah swt sebagai kuasa Pencipta Mutlak, maka pelatihan Kuasa 99 Nama memilih jalan memperkenalkan Allah swt melalui Rububiyah NYA iaitu ciptaan-ciptaan NYA serta Asma-asma dan Sifat-sifat NYA.

Namun apakah makna Rububiyah itu?
Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.

Apa pula kaitannya dengan Kuasa 99 Nama?
Melalui Kuasa 99 Nama, kita menemui dalam diri kita sikap dan perilaku diri berdasarkan asma-asma Allah seperti yang Mengetahui, yang Adil, yang Memberi Manfaat, yang Memakbulkan dan lain-lain. Yang sebenarnya adalah hadir dari Asma-asma Allah itu sendiri.


Jadi? Ketahuilah Allah jua bersifat mutlak. Maka, nnt kita akan melihat "cerminan" asma-asma Allah pada manusia yang dilantik menjadi Khalifah NYA di atas muka bumi ini. kerana; Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah sebagai Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya.

Manusia, jika dia cerdik, bijak dan pandai, maka semuanya itu datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada Allah. Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang daripada Allah.

Allah, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya.

Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’, bermakna hanya Allah yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat. Firman Allah SWT:
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Al-An’am: 17)

Dengan sifat-sifat Allah tersebut, maka timbullah kesan tauhid kepada seseorang. Dia hanya takut kepada Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah.

Isnin, 3 September 2012

Kesan Pembelajaran

Ramai yang menyangka training atau Pelatihan Kuasa 99 Nama ini mengajar sesuatu yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada tentang Asma Ul Husna Allah swt. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif melantik seorang jururunding bebas untuk mengkaji pembelajaran yang berlaku sebelum dan selepas pelatihan Kuasa 99 Nama.

Hasilnya:
69% - memberikan markah penuh (10) terhadap perjalanan, isi kandungan program serta prestasi penceramah.
21%- memberi markah 9
5% - memberi markah 8
5%- memberi markah 5... sepertimana yg dijelaskan melalui analisis berikut:



Selain itu, melalui PENTA 2 pula... En Razif Rawi mengukur tahap pembelajaran yang berlaku ke atas peserta sebelum dan selepas mengikuti Pelatihan Kuasa 99 Nama.

Melalui PENTA Tahap 2, saya dapat melihat sejauh mana pembelajaran berlaku dan peningkatan pemahaman terhadap para peserta dgn meminta mereka menjawab beberapa soalan bagi mengkaji tahap pengetahuan mereka sebelum Bengkel Kuasa 99 Nama dan
selepas mengikuti bengkel Kuasa 99 Nama.

Alhamdulillah berlaku peningkatan terhadap pemahaman dan pembelajaran peserta sepertimana hasil analisis berikut.

Untuk makluman semua, objektif pembelajaran untuk Kuasa 99 Nama diukur pada sembilan perkara iaitu:

1) Kenal sifat2/asma2 Allah dlm diri
2) Dapat kenali diri dan Pencipta
3) Mampu mengupas Asma Allah dan mengaitkan dengan diri
4) Menemui kunci penyelesaian masalah berdasarkan set2 Asma ul Husna yg terdapat pada diri.
5) Mampu mengaitkan set2 Asma Ul Husna dengan permasalahan harian yg merangkumi enam bidang utama kehidupan iaitu spiritual, kerjaya/kekayaan, kesihatan, kekeluargaan, sosial dan pendidikan.
6) Menggunakan PETUNJUK yg diperolehi untuk memperbaiki hubungan dengan orang lain.
7) Mengenali POTENSI DIRI, memperbaiki SISI NEGATIF dan menyerlahkan SISI POSITIF.
8) Hasil yang bertepatan dengan masalah yang sedang dihadapi.
9) Kemampuan untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah berdasarkan petunjuk yang diperolehi.
Kesimpulannya: Program ini menyediakan sesuatu yang berbeza daripada apa yang anda jangkakan. Jadi elok anda hadir dulu sebelum membuat kesimpulan. :)

Profile Penulis


Salam Ukhwah,

Atas permintaan ramai, kini saya bangunkan blog bagi memperkenalkan diri saya serta Program Kuasa 99 Nama iaitu sebuah program pelatihan sumber manusia yang pastinya berbeza dari program-program pelatihan sedia ada.

Kuasa 99 Nama merupakan sebuah modul yang bakal MEMBONGKAR rahsia disebalik nama anda serta mencungkil bakat serta potensi diri yang telah diinstall ke dalam diri anda semenjak dari dalam kandungan ibu lagi.

Menariknya, melalui program ini, anda bukan sahaja mengenali diri anda sahaja tetapi dalam masa yang sama, anda dibawa mengenal sang Pencipta melalui Rububiyah Nya terutama melalui Asma Ul Husna Allah swt itu sendiri.

Selain mengikuti catatan saya di sini, anda turut dapat mengikuti perkembangan program ini melalui Fan Page saya di Facebook di tautan berikut:

https://www.facebook.com/AsmaUlHusnaDalamDiriAnda


Boleh lihat profile saya ni di:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=267780253333987&set=a.244291942349485.45715.188843604560986&type=3&theater