Pages

Memaparkan catatan dengan label asma ul husna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asma ul husna. Papar semua catatan

Rabu, 5 September 2012

Bismillah = 786

Anda biasa makan di kedai mamak? Tentu majoriti dari kita biasa mengunjungi kedai mamak untuk makan dan minum sambil berjumpa dengan kawan-kawan. Perasan tidak, disesetengah premis kedai mamak ini terutama pada papan tanda kedai mereka, menggunakan simbol bulan sabit beserta nombor 786.

Kenapa nombor 786? Sebenarnya, jika menurut hisab jamal dan huruf-huruf Abjadiyah Bismillahirrahmanirrahim itu, bernilai 786. (Rujuk gambar dibawah)
 
Mengapa mereka meletakkan simbol 786 ini pada papan tanda kedai? Semua ini boleh difahami dengan memahami ilmu falak. 

Menggunakan kaedah yang sama, saya tukarkan nama anda ke dalam bentuk hisab jamal dan kemudiannya, saya dapatkan pula set-set asma ul husna yang berkaitan dengan diri anda. Bagaimana mendapatkannya? Sedikit penerangan saya melalui video berikut mungkin dapat membantu anda;


Jika anda telah bersedia untuk mempelajari secara lebih mendalam tentang ilmu ini, hubungilah saya untuk memilih tarikh coaching, e-coaching dan bengkel yang bersesuaian dengan masa anda. :)

Isnin, 3 September 2012

Profile Penulis


Salam Ukhwah,

Atas permintaan ramai, kini saya bangunkan blog bagi memperkenalkan diri saya serta Program Kuasa 99 Nama iaitu sebuah program pelatihan sumber manusia yang pastinya berbeza dari program-program pelatihan sedia ada.

Kuasa 99 Nama merupakan sebuah modul yang bakal MEMBONGKAR rahsia disebalik nama anda serta mencungkil bakat serta potensi diri yang telah diinstall ke dalam diri anda semenjak dari dalam kandungan ibu lagi.

Menariknya, melalui program ini, anda bukan sahaja mengenali diri anda sahaja tetapi dalam masa yang sama, anda dibawa mengenal sang Pencipta melalui Rububiyah Nya terutama melalui Asma Ul Husna Allah swt itu sendiri.

Selain mengikuti catatan saya di sini, anda turut dapat mengikuti perkembangan program ini melalui Fan Page saya di Facebook di tautan berikut:

https://www.facebook.com/AsmaUlHusnaDalamDiriAnda


Boleh lihat profile saya ni di:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=267780253333987&set=a.244291942349485.45715.188843604560986&type=3&theater