Pages

Memaparkan catatan dengan label coaching. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coaching. Papar semua catatan

Sabtu, 22 September 2012

Memori Sesi Coaching

Alhamdulillah, telah ramai yang dibukakan jalan oleh Allah swt serta diberi peluang oleh Nya untuk menghadiri sesi Coaching bersama-sama saya. Dapatlah mereka mempelajari sesuatu dari Coaching Kuasa 99 Nama. Saya kongsikan kenangan bersama mereka.





Mungkin ada diantaranya anda kenal. Ramai lagi sebenarnya yang pernah hadir sesi Coaching ni, tapi saya terlupa atau tak sempat nak rakamkan gambar-gambar mereka.

Mudah-mudahan selepas ini ada pula gambar kenangan saya dengan anda.

Rabu, 5 September 2012

Bismillah = 786

Anda biasa makan di kedai mamak? Tentu majoriti dari kita biasa mengunjungi kedai mamak untuk makan dan minum sambil berjumpa dengan kawan-kawan. Perasan tidak, disesetengah premis kedai mamak ini terutama pada papan tanda kedai mereka, menggunakan simbol bulan sabit beserta nombor 786.

Kenapa nombor 786? Sebenarnya, jika menurut hisab jamal dan huruf-huruf Abjadiyah Bismillahirrahmanirrahim itu, bernilai 786. (Rujuk gambar dibawah)
 
Mengapa mereka meletakkan simbol 786 ini pada papan tanda kedai? Semua ini boleh difahami dengan memahami ilmu falak. 

Menggunakan kaedah yang sama, saya tukarkan nama anda ke dalam bentuk hisab jamal dan kemudiannya, saya dapatkan pula set-set asma ul husna yang berkaitan dengan diri anda. Bagaimana mendapatkannya? Sedikit penerangan saya melalui video berikut mungkin dapat membantu anda;


Jika anda telah bersedia untuk mempelajari secara lebih mendalam tentang ilmu ini, hubungilah saya untuk memilih tarikh coaching, e-coaching dan bengkel yang bersesuaian dengan masa anda. :)

Selasa, 4 September 2012

A J dan Bidang Pelatihan

Sepanjang lima tahun saya aktif di dalam bidang pelatihan ini, telah pelbagai program yang saya jalankan.

1) Team Building/Soft Skill etc. untuk syarikat-syarikat koprat dengan bekerjasama dengan syarikat Perunding Motivasi iaitu Pearl Mentor (M) Sdn Bhd.


2) Seminar Separuh Hari (4 Jam) untuk Sekolah, NGO, Syarikat Jualan Lansung etc.






3) Jurucakap Jemputan (Sesi 2 Jam) dan Pengacaraan Majlis





4) Bengkel Kuasa 99 Nama (Terbuka kepada orang Awam)
     a) Small Group (5-6 org)

   
     b) Normal Group (10-30 org)



5) Individual Coaching untuk Program Kuasa 99 Nama (1-3 org satu kumpulan)


Jadi sekiranya ada antara pembaca blog ini ingin menggunakan khidmat AJ dala bidang pelatihan, pengacaraan atau DjMc boleh hubungi AJ di Facebook atau Email- perkasa_165@yahoo.com. :)


Isnin, 3 September 2012

Kesan Pembelajaran

Ramai yang menyangka training atau Pelatihan Kuasa 99 Nama ini mengajar sesuatu yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada tentang Asma Ul Husna Allah swt. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif melantik seorang jururunding bebas untuk mengkaji pembelajaran yang berlaku sebelum dan selepas pelatihan Kuasa 99 Nama.

Hasilnya:
69% - memberikan markah penuh (10) terhadap perjalanan, isi kandungan program serta prestasi penceramah.
21%- memberi markah 9
5% - memberi markah 8
5%- memberi markah 5... sepertimana yg dijelaskan melalui analisis berikut:



Selain itu, melalui PENTA 2 pula... En Razif Rawi mengukur tahap pembelajaran yang berlaku ke atas peserta sebelum dan selepas mengikuti Pelatihan Kuasa 99 Nama.

Melalui PENTA Tahap 2, saya dapat melihat sejauh mana pembelajaran berlaku dan peningkatan pemahaman terhadap para peserta dgn meminta mereka menjawab beberapa soalan bagi mengkaji tahap pengetahuan mereka sebelum Bengkel Kuasa 99 Nama dan
selepas mengikuti bengkel Kuasa 99 Nama.

Alhamdulillah berlaku peningkatan terhadap pemahaman dan pembelajaran peserta sepertimana hasil analisis berikut.

Untuk makluman semua, objektif pembelajaran untuk Kuasa 99 Nama diukur pada sembilan perkara iaitu:

1) Kenal sifat2/asma2 Allah dlm diri
2) Dapat kenali diri dan Pencipta
3) Mampu mengupas Asma Allah dan mengaitkan dengan diri
4) Menemui kunci penyelesaian masalah berdasarkan set2 Asma ul Husna yg terdapat pada diri.
5) Mampu mengaitkan set2 Asma Ul Husna dengan permasalahan harian yg merangkumi enam bidang utama kehidupan iaitu spiritual, kerjaya/kekayaan, kesihatan, kekeluargaan, sosial dan pendidikan.
6) Menggunakan PETUNJUK yg diperolehi untuk memperbaiki hubungan dengan orang lain.
7) Mengenali POTENSI DIRI, memperbaiki SISI NEGATIF dan menyerlahkan SISI POSITIF.
8) Hasil yang bertepatan dengan masalah yang sedang dihadapi.
9) Kemampuan untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah berdasarkan petunjuk yang diperolehi.
Kesimpulannya: Program ini menyediakan sesuatu yang berbeza daripada apa yang anda jangkakan. Jadi elok anda hadir dulu sebelum membuat kesimpulan. :)

Pengisian Program Kuasa 99 Nama

Secara amnya; anda boleh memilih untuk mengikuti program ini melalui tiga cara iaitu:

1) Bengkel selama 8 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 ptg. Tarikh Bengkel akan diumumkan dari masa ke semasa.

2) Coaching one to one atau maksima 3 orang bagi setiap sesi (2 jam bagi setiap sesi) yang diadakan ditempat-tempat pilihan anda. Coaching ini khusus untuk mereka yang berada disekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta Pulau Pinang/Kedah bergantung kepada kesesuaian masa saya dan anda.

3) E- Coaching one to one atau maksima 3 orang bagi setiap sesi (2 jam bagi setiap sesi) yang diadakan melalui Skype. Tujuan diadakan E-Coaching adalah untuk memudahkan peserta-peserta yg berminat untuk mengikuti program ini tetapi sukar untuk hadir ke KL/Selangor.

Yuran yang dikenakan untuk mana-mana sesi pilihan anda adalah RM250/seorang.

Jadual di atas adalah merujuk kepada pengisian program untuk peserta-peserta yang hadir ke Bengkel Kuasa 99 Nama. *Tertakluk kepada perubahan.

Manakala untuk Coaching, semua ilmu yg dikongsikan di dalam Bengkel akan cuba dipadatkan untuk peserta Coaching.

Jadual ini turut boleh dilihat di:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=267726280006051&set=a.244291942349485.45715.188843604560986&type=3&theater

Profile Penulis


Salam Ukhwah,

Atas permintaan ramai, kini saya bangunkan blog bagi memperkenalkan diri saya serta Program Kuasa 99 Nama iaitu sebuah program pelatihan sumber manusia yang pastinya berbeza dari program-program pelatihan sedia ada.

Kuasa 99 Nama merupakan sebuah modul yang bakal MEMBONGKAR rahsia disebalik nama anda serta mencungkil bakat serta potensi diri yang telah diinstall ke dalam diri anda semenjak dari dalam kandungan ibu lagi.

Menariknya, melalui program ini, anda bukan sahaja mengenali diri anda sahaja tetapi dalam masa yang sama, anda dibawa mengenal sang Pencipta melalui Rububiyah Nya terutama melalui Asma Ul Husna Allah swt itu sendiri.

Selain mengikuti catatan saya di sini, anda turut dapat mengikuti perkembangan program ini melalui Fan Page saya di Facebook di tautan berikut:

https://www.facebook.com/AsmaUlHusnaDalamDiriAnda


Boleh lihat profile saya ni di:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=267780253333987&set=a.244291942349485.45715.188843604560986&type=3&theater