Pages

Sabtu, 17 November 2012

Ikhlaskah Kita?

Menyentuh soal IKHLAS... jom kita renungi hadis baginda Rasulullah saw:

Ertinya secara ringkas dari sebuah hadis yang sangat panjang;
"Sesungguhnya (di antara) manusia yang mula-mula dihitung pada hari akhirat ialah (Pertama) orang yang mati syahid, lalu dibawanya dan ditanya: "Apa yang kamu telah buat di dunia dahulu? Dijawab: "Aku telah berjuang kepada-Mu (ya Allah) sehingga aku mati syahid". L
alu dijawab; "kamu berbohong, tetapi kamu sebenarnya berjuang hanya untuk dikenali sebagai orang berani atau pahlawan, (iaitu tidak kerana Allah), maka telah pun dipanggil begitu (dipuji orang)." Maka diarahkan dan diheret dengan mukanya sehingga dicampakkan ke neraka.

Kemudian orang yang mempelajari ilmu dan mengajarnya serta rajin membaca Al-Quran, lalu dibawanya dan ditanya: "Apa yang kamu telah buat di dunia dahulu?" Dijawab: "Aku mempelajari ilmu dan mengajarnya dan aku membaca Al-Quran kerana Mu." Lalu dijawab: "Kamu berbohong, tetapi kamu sebenarnya menuntut ilmu supaya kamu dikenali sebagai orang berilmu, dan kamu rajin membaca al-Quran supaya digelar Qari (Pembaca yang mahir), maka telah pun dipanggil begitu." Maka diarahkan dan diheret dengan mukanya sehingga dicampakkan ke neraka.

Kemudian orang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu dibawanya dan ditanya: "Apa yang kamu telah buat di dunia dahulu?" Dijawab: "Aku tidak tinggalkan mana-mana ruang yang Engkau suka diberikan sedekah, pasti aku hulurkannya." Lalu dijawab: " Kamu berbohong, tetapi kamu sebenarnya melakukan itu semua agar dipanggil "Jawwaad" (pemurah), maka telah pun dipanggil begitu." Maka diarahkan dan diheret dengan mukanya sehingga dicampakkan ke neraka."

Wallahu a'lam. Namun janganlah pula disebabkan ini, kita tidak mahu bersedekah, berkongsi ilmu, berjuang dan lain-lain kerana menunggu datangnya IKHLAS... tetapi buatlah apa yang kita suka dari kebaikkan itu dengan senantiasa berdoa dan mengharap redha Allah swt. Moga-moga kita dimasukkan dalam golongan yang IKHLAS dan DIREDHAI oleh Allah swt.

Kesan DOSA

Ada lapan KESAN dosa dalam diri seorang Muslim:

1) Kesempitan dan kegelisahan
2) Rezekinya sudah mula tidak diberkati dan terhalang
3) Ilmu kebaikan menjadi cepat terlupa
4) Manusia yang baik akan membencinya
5) Merasa terasing diri dari Tuhannya.
6) Hatinya menjadi keras dan mati.
7) Merasakan umurnya sia-sia sahaja.
8) Cahaya iman mula kabur di dalam hatinya.


Adakah anda mempunyai salah satu tanda-tanda berikut? Jika ada, segerakan TAUBAT dan banyakkan istigfar.

Wallahu a'lam.

Selasa, 13 November 2012

Kualiti seorang KETUA

Seorang pemimpin dan ketua adalah wakil Allah al-Malik, Al-Malikul Mulk dan Dzal Jaliwal Ikram. Seorang pemimpin wajar mempunyai sifat atau sikap:

1) Menggalakkan minat dan semangat kerjasama di kalangan pekerja (wakil Allah al-Jamii')
2) Sanggup mempertahankan hak-hak pekerjanya (wakil Allah Al-Haq dan Al-Adl)
3) Sentiasa mengutamakan perkerja (Yang Maha Mendahului)
4) Sedia berkongsi maklumat ( wakil Allah Al-A'lim)
5) Memberi layanan yang jujur dan adil (wakil Allah Al-Quddus dan Al-Adl)
6) Tegas dan bertimbang rasa (wakil Allah Al-Jabbar dan Al-Halim)

Adakah anda ada ciri dan kualiti ini?

Sabtu, 10 November 2012

Himpunan Doa 2

Bismillahirrahmanirrahim;

Ya Allah, Cintakanlah kami ini kepada keimanan, dan jadikan iman itu indah dalam hati kami, bencikanlah kami kepada kekufuran, perkara keji dan maksiat, dan jadikanlah kami dalam golongan yang mengikut jalan yang lurus.

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu (jauhkan kami) daripada melakukan amalan syirik kepada Mu dengan sesuatu pun yang kami tahu, dan kami meminta keampunan dari Mu jika kami ada lakukan itu sedangkan kami tidak tahu.

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari azab kubur, Tiada Tuhan selain Engkau.

Ya Allah, jadikan daku dari mereka yang tawakkal pada Mu maka Engkau jamin mereka dan mereka mohon hidayah Mu maka Engkau tunjuk mereka dan mereka mohon bantuan Mu maka Engkau bantu mereka. Ya Allah janganlah Engkau buka dosa ku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan aib ku. Janganlah Engkau azab daku, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas ku. Ya Allah, bantulah aku ketika aku kepedihan dan mabuk menghadapi maut.

Amiiinnn...

Khamis, 8 November 2012

Anda Bermotivasi atau Sebaliknya?

Berikut adalah ciri-ciri orang yang bermotivasi:-

1) Sentiasa awal dn mendahului
2) Sentiasa bersemangat
3) Sentiasa tekun dan rajin
4) sentiasa positif dan optimis
5) kenal potensi dan kehebatan diri
6) sentiasa cekal dan tabah
7) sentiasa perbaiki diri dan keadaan
8) Sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang
9) Sentiasa bersyukur
10) sentiasa tawadduk
11) sentiasa berdoa
 
 
Orang-orang yang tidak bermotivasi pula adalah seperti berikut:-

1) Tidak mempunyai matlamat yang besar dan jelas
2) Tidak mengetahui kebolehan diri
3) Tidak tahu cara mendorong diri
4) Dikuasai oleh fikiran/sangkaan yang buruk dan negatif
5) Sengaja membawa imej/gambaran diri yang lemah
6) Tidak berdoa dan berharapkan kepada Allah swt
7) Dikuasai oleh persekitaran
8) Tidak tahu urus diri dan masa
9) Bodoh sombong
10) Tiada Perancangan
11) Berfikiran Negatif
12) Tidak sedar tentang tanggungjawab.

Ciri yang mana lebih banyak pada diri anda?

Selasa, 6 November 2012

Pasarkan produk di Facebook

Saya kongsikan tiga tips untuk pasarkan produk anda serta membina kredibiliti di Facebook:

TIP 1: Anda adalah model @ duta kepada produk anda. jadi pastikan posting anda sesuatu yang positif dan boleh menjadikan posting anda menghasilkan keuntungan hasil dari pelaburan yang dibuat.

Contoh; jika anda memasarkan produk seperti EMAS, maka tonjolkan diri anda sebagai DUTA @ MODEL emas. Caranya... tangkap la gambar anda bersama-sama emas yang anda jual, jangan tangkap gambar kucing atau yang tak berkenaan.

Ingat! Salah satu nama Allah swt adalah al-Wakil (yang Mewakili), jadi anda sebagai wakil/duta/model produk tentunya menampilkan produk bersama anda... Saya abdi Allah al-Wakil, Duta Allah dalam menerapkan Asma-asma Nya dalam kehidupan anda.

Tip2: Untuk menerima, kita harus memberi. Maka berilah sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan anda. Tidak semestinya hadiah namun cukup sekadar perkongsian. Tujuan sebenar perkongsian adalah untuk anda menambahkan pengetahuan anda sendiri tentang produk yang anda jual.
Hal ini secara automatiknya akan meningkatkan kredibiliti anda.

Pengguna akan yakin dengan anda. Yakin bahawa anda mengetahui tentang produk yang anda jual serta anda pernah menggunakannya/mengalaminya sendiri. Hal ini bukan saja menambah nilai pengetahuan diri anda tetapi turut menambah pengetahuan orang lain yang membaca perkongsian anda.

Dari ilmu yang diperturunkan oleh sahabat saya, bila mana nak kongsi jangan terlalu berlebihan. Cukup sekadar 3 hingga 5 posting sehari dengan jarak masa, pagi-petang-malam.

Nak kongsi apa? Saya bagikan contoh. Jika anda adalah pengusaha makanan, kongsikan makanan paling special yang akan anda hidangkan pada hari tersebut pada waktu pagi... bila ada yang datang makan pada sebelah tengaharinya dan makan makanan tersebut, cepat2 ambil gambar dan post ke fb pada waktu tengaharinya. sebelah malamnya pula ceritakan khasiat makanan yang anda hidangkan pada hari tersebut atau dari mana anda mendapat idea untuk menghasilkan makanan yang sebegitu sedap.

Kalau anda berani... kongsikan resepi masakan anda itu, kerana saya percaya... orang yang cuba resepi anda akan ke kedai anda untuk makan resepi yang dikongsikan sebab nak bandingkan dengan rasa hasil masakan anda. :)

Tip3: Sebenarnya mudah saja untuk anda kongsikan sesuatu yang baik kepada sahabat2 anda biarpun tidak punya banyak masa. Nak buat bagaimana? mudah saja... dengan melihat sesuatu yang baik di wall sahabat2 yang lain atau yang terpapar diwall anda, anda hanya perlu klik LIKE dan SHARE. Semasa share, tentunya perlu diletakkan sesuatu kata-kata, maka anda letakkanlah sesuatu komen disitu... contohnya, "sahabat ini telah banyak membantu saya melalui ideanya, semoga anda juga dapat manfaat dari perkongsian ini... (letakkan tagline anda) *Simple. Interesting. Different. Empower - bersama Kuasa99Nama (nama produk anda).

Elakkan daripada komen berbentuk menjual. kerana matlamat utama adalah untuk membina rangkaian melalui credibility.

Rabu, 31 Oktober 2012

Himpunan Doa

Bismillahirahmanirrahim...

Ya Allah, Engkaulah Rab ku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau... yang telah menjadikan aku dan aku hamba Mu, dalam ikatan perjanjian dengan Mu. dan daku berlindung kepada Mu dari kejahatan diriku. Daku akui nikmat Mu atas ku dan daku akui dosa-dosa ku pada Mu dan memohon ampun pada Mu. Tidak ada yg dapat mengampuni ku melainkan Engkau.

Ya Allah, daku memohon pada Mu segala yang baik seperti yang dimohon oleh Nabi Mu Muhammad saw dan memohon pelindungan Mu daripada segala yang buruk seperti yang dimohon oleh Nabi Mu Muhammad saw. Dan Engkaulah sahaja tempat meminta pertolongan dan Engkaulah tempat mengadu. Dan kami tidak mempunyai apa-apa kekuatan (untuk membuat amalan baik atau menolak keburukan) kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi Maha Agung.
 
Ya Allah islahkan (perbaiki) umat Nabi Muhammad saw, Ya Allah kasihanilah umat Nabi Muhammad saw, Ya Allah lapangkanlah kesempitan umat Nabi Muhammad saw, Ya Allah ampunilah umat Nabi Muhammad saw dan semua orang yang beriman pada Mu.

Ya Allah ya Tuhanku, Engkau pengawas sempurna lagi saksi yang pengetahuan Nya meliputi seluruh alam maya. Engkau pula yang terlaksana qudrat Nya di seluruh wujud ini. Ya Tuhanku, limpahkan cahaya rahsia nama Mu "al-Muhaimin"; sehingga aku mengetahui rincian gelojak hatiku, sisi terdalam dari nuraniku serta rahsia-rahsia penutup diriku, agar aku mampu mengawasi niat dan motifku, meluruskan anggota tubuhku dan mampu pula menegakkan perbuatanku sesuai dengan apa yang Engkau sukai. Ya Allah, laksanakanlah keinginanku melalui qudrat Mu terhadap anggota tubuhku sehingga aku dapat mengarahkannya menuju syariat Mu.
 
Amin Ya Robbal A'lamin.